Selasa, Januari 11, 2011

MINYAK: MALAYSIA TIDAK IKUT HARGA DUNIA



Nazli Ibrahim

Malaysia sebuah negara pengeluar minyak memperolehi keuntungan berganda di atas kenaikan harga minyak sekaligus membolehkan harga minyak di pasaran dalam negara diturunkan. Bagaimanapun pada masa yang sama kerajaan negara ini didapati tidak mengikut harga pasaran dunia di pasaran tempatan ketika harga bahan api utama dunia itu berada pada paras rendah.
Demikian menurut Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop dan Pensyarah Ekonomi, Profesor Dr Amir Hussin Baharudin ketika bercakap mengenai impak kenaikkan minyak terhadap ekonomi negara dan rakyat negara ini.

“Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat untung berganda,” kata Prof Hamid kepada akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Menurutnya lagi, ketika ini kerajaan negara ini tidak konsisten dengan pendirian menetapkan harga pasaran mengikut harga pasaran antarabangsa apabila menjual mahal ketika harga minyak naik, tetapi tidak ikut turun apabila harga minyak di pasaran antarabangsa telah menurun.

Jelasnya, kebanyakkan negara pengeluar minyak lain menetapkan harga pasaran dalam negara mereka jauh lebih rendah berbanding harga pasaran antarabangsa berbanding Malaysia.

“Siapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen sahaja.

“Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu. Harga pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan liat untuk tetapi cepat naik bila harga pasaran antarabangsa naik,” ujarnya.

Beliau juga memberitahu, menurut kajian formula tersebut, harga minyak dalam pasaran tempatan boleh diturunkan sehingga 30 sen jka formula tersebut diaplikasikan.

“Malah (harga minyak tempatan) boleh diturunkan kepada 30 sen seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan,” katanya lagi.

Beliau turut berkata formula tersebut menjelaskan faktor Malaysia sebagai negara pengeluar minyak yang menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah menyebabkan keuntungan berganda setiap kali berlaku kenaikkan harga minyak di pasaran antarabangsa.

“Untuk memudahkan orang awam faham, kita ambil contoh kelaa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu haga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000, kita untung atau rugi? Sudah tentu untung tiga kali ganda.

“Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai OPEC jika menjual kira-kira 700,000 tong sehari pada kadar AS$130 setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80-US$1 satu ketika dahulu).

“Ini bermakna perolehan setahun adalah AS$33 bilion iaitu melebihi RM126 bilion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trilion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkan Malaysia menurunkan harga bahan apinya?,” ujar beliau lagi.

Tindakan kerajaan tidak selari slogan Rakyat Didahulukan

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan menurunkan harga minyak kepada rakyatnya sekaligus membelakangkan slogan kerajaan rakyat didahulukan yang digembar-gemburkan.

“Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah di dalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutunya dinikmati rakyat,” katanya lagi.

Sedia berkongsi formula

Menurut Prof Hamid Yeop walaupun formula ini tidak diterima oleh kerajaan sekarang beliau mempelawa mana-mana pihak termasuk parti politik untuk berkongsi formula ini demi kesejahteraan rakyat terbanyak negara ini.

“Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamnya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini,” menurutnya.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharudin turut melahirkan pandangan yang sama.

“Kalau minyak naik sepatutnya menguntungkan Petronas kerana kita negara pengeluar yang menjual minyak mentah ke pasaran dunia.

“Lagipun jika harga pasaran minyak naik, permintaan tidak akan turun. Harga dalam Malaysia sepatutnya ditetapkan berdasarkan kos Petronas. Perubahan harga minyak di luar bukan semata-mata alasan untuk menaikkan harga,” katanya semalam.

Pas, PR sambut baik pelawaan kongsi formula

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi hari ini menyambut baik pelawaan ahli-ahli akademik untuk berkongsi formula dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi meringankan beban rakyat.

“Sudah tentu kami Pas dan PR menyambut baik pelawaan mana-mana ahli akademik untuk berkongsi formula, lebih-lebih lagi jika kita berjaya mentadbir negara dalam PRU-13.

“Saya juga ucapkan syabas kepada ahli-ahli akademik ini. Ini bukan soal mereka menyebelahi pembangkang atau pun ‘mileage’ politik bagi PR, tetapi ini soal kebajikkan rakyat yang semakin ditekan dengan peningkatan kos hidup,” beritahu Ustaz Idris.

Nazri juga mempunyai blog di bedukcanang.blogspot.com

kltoday

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. mungkin kite bukan pengeluar minyak besar seperti negara lain.Kite juga mereservekan minyak kite utk kegunaan akan datang kerana takut kehabisan.

    Kadar keluaran kita xbleh dibandingkan dengan Colombia atau Saudi Arabia kerana mereka menjual sehinga 800 000 tong sehari manakala kita menjual mungkin hanya 50 000 tong sehari.Sebab itulah minyak mereka murah.

    BalasPadam
  2. bodo tol mamat komen kate negara kite bukan byk jual minyak..evn tak byk (70K drum/day jer)..tp minyak negara kite tu hi quality compared ngn negara west Asia n african country..
    tu la..percaye sgt ckp org2 gomen n utushan meloya..
    len kali cari peluang tambah ilmu dulu br cakap..
    klo bole cari gak mane2 lubang utk berada di luar negara ..tgk "real world" pastu compare ngn negane Umngok ni..
    br sedar berape byk corruption kt negare ni..
    bukan nk ckp byk..tp niat baek tuk tlg rakyat merase nikmat tuhan bg..bg adil utk yg susah tuk hidup lebih senang..
    psl idup senang membawa kepada kemakmuran..so takde la yg snggup jd pencacai demi duet semate2..tp lebih kan kesederhanaan..peace!!

    BalasPadam
  3. Rakyat Pakatan13/1/11 5:05 PTG

    Teori mudah pun ramai tak faham! Mari aku jelaskan: Katakan bapak kita ada kebun sawit seratus ekar dan kilang minyak sawit. bila harga minyak sawit naik yang untungnya bapak kita le sebab boleh jual mahal tapi yang tak untungnya adalah orang lain yang beli minyak tu. Sebagai bapak kita, takkan nak jual minyak tu kat anak dia ikut harga jualan kat orang lain, kan zalim tu!!! Dengan anak-beranak pun nak ambil untung banyak ke??? Tak nampak ke anak-anak tu susah??? Serupa juga dengan kerajaan, dah dapat untung banyak dengan jual mahal kat orang lain, tak boleh ke jual murah kat rakyat sendiri???? Kitakan negara pengeluar minyak????? Kata kerajaan rakyat, untuk rakyat!!!

    BalasPadam
  4. Rakyat Pakatan13/1/11 5:16 PTG

    Ni lagi sikit aku nak tambah, kerajaan ni guna teori ekonomi mana pun aku tak tahu! Kereta buatan negara sendiri jual mahal kat rakyat sendiri tapi boleh jual murah pulak kat rakyat di negara lain. Kita kena bayar lebih sebab nak tampung kos promosi kat luar negara, patutnya kos tu termasuk dalam harga pasaran kat luar negara bukan suruh rakyat sendiri yang tampung. Bila dapat untung tak mahu pulak berkongsi!!! Rakyat sendiri, bukan rakyat tiri!!!!

    BalasPadam
  5. nih kalau belah utara habaq "mak hang punya puki"
    la ni kerajaan yang ada memang dok penaya rakyat selalu, depa peduli hapa hangpa mampuih, janji depa senang, dah jangan banyak cakap, pilah undi dacing karat tu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...