Selasa, Januari 04, 2011

Nama harimau pun nak di 1Malaysiakan

Gua nak tanya, apasal lu orang sibuk sembang pasal nama gua sekarang ni?


Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Hairan

Ini adalah hujah paling bodoh dalam sejarah bolasepak Malaysia. Memikirkan yang ianya datang dari seorang menteri sukan hanya menunjukkan yang menteri ini tidak faham sebutir haram pun pasal sukan, khususnya bolasepak.

Datuk Jahid Jahim ini aku berani bertaruh sebelum ini tidak tahu sebutir haram pun pasal bolasepak Malaysia. Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United.

Inilah masalahnya bila kita menjadi juara. Tiba-tiba semua bercakap pasal bolasepak Malaysia dan Harimau Malaya dan semua mengaku jadi pandai. Tapi kalau betul pandai tidak apa. Masalahnya bila ada yang tak berapa pandai berlagak konon pandai.

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.

Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Jadi aku harap Datuk Jahid Jahim dan mereka yang lain sila fahamkan betul-betul perkara ini. Jangn bodohkan diri sendiri, awak tu menteri merangkap ketua pemuda.

Sekarang aku nak tanya, masa Harimau Malaya tak reti main bola dan asyik kalah dulu, apasal Datuk Jahid Jahim tak pernah kompelin isu nama Harimau Malaya ini?

***
Pertama sekali, Luci maafkan gua kerana menumpang di entry lu. Bila baca entry lu ni, gua bergegas pegi ambik gambar yang rasanya tak patut dia punya hipokrit!


Perompak sukan rakyat!

Patutnya datuk Jahid Jahim ketengahkan isu yang lebih nasionalis, isu yang real tentang betapa celakanya nasib marhaen bila Piala Dunia dilacurkan baru baru ini. Lagi, beliau patut menyuruh penaja iklan di atas menyiarkan game game liga tempatan secara intensif, sekurang kurangnya. Iklan iklan macam ni semua nak elak cukai dan...... Kipppaaaasssssssss!!!!
-pidomat tumpang lalu-

sokernet

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/1/11 8:53 PTG

    Nasib baik aku tak jadi PM, kalau tak aku namakan sahaja Semenanjung Malaysia sebagai Tanah Melayu... baru mengancam. Pasai harimau tu kita panggil Skuad Ababil dah la. Tak best harimau, sebab tabiat suka serang hendap dari belakang... kira-kira macam sorang tulah ajak berdebat dalam Parlimen... haram tak ke maunye.

    BalasPadam
  2. ntuk org komen kt atas : namakan sajalah Tanah Melayu. kami x kesah pun...

    sy pn hairan jg tiba2 dgr harima malaya nk diubahkan ke harimau malaysia. harimau malaya tuh dah ok apa. Tipu ja kalau dia kata ramai orang sabah kata gituh. ceh

    BalasPadam
  3. salam tuan,

    memang si jahil macam ni lah yang memalukan sabah.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama5/1/11 4:10 PTG

    salam... ada cadangan tak nak tukar Univ. Malaya? Keretapi Tanah Melayu?

    BalasPadam
  5. oit...apa ni? aku pun org Sabah gak...xde pun isu ni...dah spesis harimau tu yg jd gelaran. Ada ka spesis Harimau Malaysia? giler aper...

    Adam, Tawau

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...