Ahad, Januari 09, 2011

Pendedahan Panas Mesti Dibaca Semua Khususnya Pak Mentri

Saya terpanggil untuk mengongsi secebis coretan hidup ini yang menimpa golongan berpendapatan rendah yang menerima akibat buruk dari inflasi yang bakal menjadi lebih parah tahun ini seperti yang saya sebutkan dalam posting mutakhir saya.

Ini hanya satu dari pelbagai cerita duka dalam negara yg mewah dianugerah kekayaan hasil mahsul dari Allah SWT.

Singalautmetro.blogspot.com (Jumaat, 7 Januari, 2011)



DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!



“Bang…sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!” dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. “Abah…nak aiskrim!”

Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:” Adik…ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya…” lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.

“Belikanlah…” beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.

Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. “Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!” dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

“Tak jadi nak belilah sardin ni!” katanya seolah-olah sedikit kecewa. “Nak tengok tempat lain nanti,” jawapnya.

Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.

“Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi,” jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. “Sekarang kerja kat kilang lama ke?” saya tanya.

Dia mengangguk. “Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer”

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. “Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?” saya tanya lagi.

Dia mengangguk laju-laju. “Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang,” jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

DUKACITA SEBUAH KELUARGA MISKIN MENDEPAN KENAIKAN HARGA BARANG HARIAN: BAHASA DUKA YANG MENITISKAN AIR MATA!

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa.

Nak tahu apa jawapnya? “Maaflah bang…sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit,” katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. “Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni..” dia menyelak pangkal seluarnya. “Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah…doktor cakap gout…” dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju nanti?

UO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. Jangan kiter mengeloh kalau kiter sendighi yg memilih lanun sebagai pemimpin kiter.Biler dekat PRU,semuernyer luper pader kesusahan kalau dapat berjumper dgn calon BN.Biler dibagi sikit belanjer,'hamper'dan janji,dan-dan ghaser seghonok sampai haghi mengundi.Dah berpuloh2 tahun,ini ler yg terjadi.Untong sekupang,ghogi seghibu.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9/1/11 9:24 PTG

    Kalau mahal jangan pergi Hypermarket... kedai kat kampong cukup la...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama10/1/11 1:43 PG

    Kalu PR memerintah pun sama juga...harga barang tetap naik...keculi PAS...tapi PAS dah jadikan PRpulak sama lah dengan BN-umno.

    BalasPadam
  4. tidak salah berubah untuk kebaikan sekurang2nya untuk generasi kita akan datang.kehidupan sekarang semakin susah pendapatan x bertambah perbelanjaan harian meningkat memdadak sekali....

    BalasPadam
  5. apa kata pihak2 pas ni sendiri yang meniaga..
    buka kilang aiskrim..buka kilang sardin...
    buka kilang minyak...
    setiap kali buat ceramah kutip derma...dari duit derma tu bolih beli tanah buka ladang kelapa sawit dan buah kelapa sawit tu buat minyak masak.
    aku tengok duit kutipan setiap ceramah lesap begitu saja.
    pas dan pakatan dah ada kerajaan negeri sekarang...
    kenapa tak berniaga barang keperluan untuk kesenangan rakyat..
    pas ada dap...cina2 ni banyak yang jadi tokeh pengedar barangan keperluan..mereka yang impot dan mengedar..
    jangan asyik salahkan pihak lain sedangkan diri sendiri tak buat apa2 pun.
    jubah ahli pas terkena tahi ayam pun nak salahkan orang lain.
    bukan mudah mengawal harga barang keperluan...tak semudah baring atas jalan..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...