Isnin, Januari 24, 2011

Pusingan 1: BN serang Cina, PAS gempur Melayu

Mampukah isu agama yang dibangkitkan oleh BN dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang ini memberi kelebihan kepada mereka dalam kempen mempertahankan kerusi berkenaan?

Atau mungkinkah pengundi, khususnya kaum Cina akan terpengaruh dengan isu negara Islam dan tindakan calon PAS Normala Sudirman yang tidak bersalaman dengan lelaki - yang menimbulkan kebimbangan beliau tidak mesra rakyat?

azlanAtau sejauh mana kesannya 'umpan' BN itu bagi menarik sokongan 14,753 pengundi - 39 peratus atau 5,766 orang kaum Cina - agar kembali menyokong calon parti itu Mohd Azahar Ibrahim?

Sehingga kini, Pakatan Rakyat, terutamanya PAS, dilihat tidak ambil peduli tentang isu agama yang dibangkitkan.

Dalam beberapa ceramah sebelum ini, tokoh-tokoh yang diundang masih tidak melatah, apatah lagi mengulas "serangan" bertali arus BN itu.

Sebaliknya mereka mengetengahkan isu-isu setempat, khususnya masalah generasi awal dan kedua peneroka Felda bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

DUN Tenang, di Labis mempunyai tiga Felda, Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang didiami pengundi Melayu.

Buka pejabat di Felda

Ini mendorong Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK) - NGO yang rapat dengan PAS - membuka pusat khidmat mereka sendiri di sebuah Felda (Chempelak) di situ mereka.

Felda Chempelak mempunyai 1,432 pengundi, Felda Chempelak Barat mempunyai 1,217 pengundi makala di Felda Tenang pula seramai 1,469.

NONESebelum ini, isu negara Islam yang dibangkitkan oleh presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek disifatkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin sebagai tindakan "mengingatkan masyarakat Cina".

Dalam satu sidang media selepas penamaan calon semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata "ada baiknya" MCA berbuat demikian kerana sehingga kini, PAS tidak pernah menukarkan perlembagaan yagn menggariskan agenda untuk menubuhkan negara Islam.

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidasnya dengan menyifatkan ia "isu lama" dan masyarakat Cina tidak akan terpedaya dengannya.

hadi awang 010807Malah kelmarin, dalam ceramahnya di Felda Tenang, beliau mengingatkan bahawa "orang Melayu kena mengikut Islam, bukan ikut Melayu sahaja untuk memerintah negara ini dengan adil".

"PAS mahu membawa pemerintahan yang adil dan mengajak kawan-kawan lain bersama-sama. Sebab itu kita berpakat dengan PKR dan DAP.

"Perkara dasar, kita tidak boleh paksa untuk mengikut kita. Di sana ada perkara yang sama. Jadi kita buat bersama... Perbezaan kita raikan. Persamaan kita laksanakan," katanya tanpa merujuk dasar mana yang menjadi perbezaan itu.

Pakai sarung tangan

Reda dengan isu negara Islam, muncul pula isu Cikgu Normala tidak bersalaman dengan pengundi lelaki semasa penamaan calon serta ketika melakukan bertemu pengundi di sekitar DUN itu.

Bagaimanapun agak mengejutkan apabila dalam lawatan di Pasar Tani, Labis, hari ini, bekas guru itu memakai sarung tangan.

Ktenang by election day 1 230111 normala sudirmanemunculan pertama dengan gaya seperti Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu itu menimbulkan tanda tanya dan mencuri tumpuan sama ada ia meerupakan strategi kempen terbarunya.

Ditanya pemberita, Normala bagaimanapun tidak mengulas secara langsung berhubung 'perubahan' imejnya itu, sebaliknya menyalahkan BN yang didakwa tidak cuba memahamkan parti komponennya berhubung perkara tersebut.

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki," katanya dalam satu sidang media yang dilihat bagi meredakan 'kebimbangan' pengundi.

Isu itu mengheret naib presiden PAS Salahudin Ayub yang menjelaskan ia bukan isu kerana setiap kaum mempunyai cara tersendiri untuk mengucapkan salam dan bersalaman.

Jenazah pemimpin Umno

Manakala ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad turut mengingatkan agar isu ini tidak diperbesarkan oleh media kerana terdapat banyak lagi isu yang lebih besar.

Bagaimanapun, parti Islam itu boleh dilihat sepenuhnya tidak menggunakan isu berkaitan agama.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supportersMalah, belum pun penamaan calon semalam, portal rasminya Harakahdaily melaporkan Najib tidak mengunjungi jenazah seorang pemimpin Umno tempatan yang meninggal dunia sewaktu lawatan sehari perdana menteri di Felda pada 18 Januari lalu.

Jenazah itu dilaporkan hanya urus oleh petugas PAS. Antara yang mengunjunginya termasuklah Normala sendiri yang exco Dewan Muslimat PAS parti itu.

Persoalannya, apakah PAS akan kembali menggunakan isu sebegini secara meluas bagi 'memulangkan paku buah keras' kepada pendekatan kempen pusingan awal BN.

Atau apakah isu-isu itu akan reda jika PAS mengambil sikap "tidak layan" - yang dikatakannya sebagai "bukan isu" isu dalam pilihan raya kecil ini?

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...