PETALING JAYA, 13 Jan: Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin sedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat.
Beliau mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).
Namun, katanya sangat mendukacitakan apabila Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran itu, dengan mengandaikan debat ini sekadar ‘membuang masa’ beliau.
“Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, lebih mengejutkan apabila Khairy Jamaluddin pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar.
Ini, ujarnya ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.
Harus diingat, katanya berdasarkan beberapa prestasi Khairy di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyata beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Anwar.
“Justeru, atas kapasiti Ketua AMK, dengan ini secara rasmi menawarkan platform debat Pemuda satu lawan satu di antara saya dan Khairy, yang saya percaya lebih cocok dan sesuai dengan mengambil kira kapasiti kami selaku ketua sayap pemuda Umno dan Keadilan,” tegasnya.
Menurutnya, surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada Khairy dan menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar ahli Parlimen Rembau itu tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat tersebut.
HD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...