Khamis, Februari 24, 2011
NASIB BAIK ADA PRK
RAKYAT NEGARA INI BERNASIB BAIK
PASAI ADA LAGI 2 PRK DOK TUNGGU
KALAU TIDAK,LAMA DAH MINYAK NAIK HARGA..
KAH! KAH! KAH!
MENTERI PULAK DAH 3,4 KALI
DOK ULANG KATA MINYAK TAKKAN NAIK
KAH! KAH! KAH!
TOLONG PERCAYA LA GENG...
KAH! KAH! KAH!
BARULAH KITA TAU
SEBENAQNYA HARGA MINYAK BUKAN SAJA DIADJUST IKUT PASARAN DUNIA
TAPI BOLEH JUGA DIADJUST IKUT PILIHANRAYA
KAH! KAH! KAH!
Harga RON95, diesel kekal, kata menteri
Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi petrol RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.
"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.
"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di Kuala Lumpur.
Beliau berkata peruntukan bajet untuk subsidi (bahan api) tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.
Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak.
Disember lalu, harga RON95 dan diesel masing-masing meningkat lima sen kepada RM1.90 dan RM1.80 seliter.
Antara altenatif yang sedang dikaji ialah menyemak semula kuota petrol dan diesel yang diterima oleh pihak-pihak tertentu, katanya kepada pemberita.
Ditanya bila kedua-dua kementerian akan memuktamadkan perbincangan itu, Ismail Sabri berkata ia akan dicapai secepat mungkin.
"Ia tidak akan mengambil masa yang panjang. Lebih lama diambil, lebih banyak subsidi akan ditanggung oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata harga barangan makanan juga meningkat, terutama produk import yang menyebabkan negara sebagai pengimport, perlu menanganinya.
Mengulas sama ada harga barangan subsidi lain akan meningkat memandangkan harga bahan api tidak dinaikkan, Ismail Sabri berkata "kita tidak bercadang untuk menaikkan subsidi barangan lain".
"Mulai 1 Februari, subsidi untuk semua pengilang makanan dan minuman manis yang menggunakan gula sebanyak 500 metrik ton sebulan, dihentikan.
"Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM128 juta," katanya memberi contoh tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjimatkan peruntukan subsidi.
- Bernama
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Jangan percayalah kata menteri sekor ni....Filem 3 Abdul..P Ramlie ada dialog yang berbunyi "DAH TAU DIA PENIPU,MUKA PUN MUKA PENIPU, YANG KAMU PERGI JUGA KEPADANYA..
BalasPadamdia tipu lembu dia je tu..
BalasPadam