Khamis, Februari 24, 2011

Undi punya pasal, rakyat nak sungai pun BN boleh luluskan

WarkahDaily – Kerana satu undi, pemimpin Umno-BN sanggup buat apa saje. Kalau PRK kat Kuala Krai tempoh hari, ada pemimpin Umno berlakon prihatin rakyat sehingga sanggup menjadi penoreh getah. Kalau mengecat rumah tu, usah sebutlah. Dengan tandas-tandas yang dah tak pakai pun depa pi ngecat.

Tempoh pilihanraya kecil ni, pengundi mintak apa pun, Umno-BN akan tunaikan.

Takdak ke yang nak mintak alihkan bandaraya KL tu kat Kerdau ke, Merlimau ke...mana tau, ada pemimpin Umno-BN yang sanggup buat. Undi punya pasal, apa saje depa sanggup buat.

Tapi kalau dah takdak pilihanraya, usah mimpi nak dapat...jangan haraplah..sampai kiamat tak nampak pun batang hidung depa ni. Nak duit sekupang pun depa tak baginya. Jadi..pandai-pandailah ambil peluang..mintak apa saje yang kome nak ye..Tapi ngundi tu..hangpa pandai-pandailah...usah taruh masa depan anda dan anak-anak anda di tangan orang yang suka bermuka-muka ni. Depa bukan ikhlas pun.

TEMERLOH, 23 Feb (Hrkh) - PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.

Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat kawasan itu agar mengingati apa yang berlaku dalam kawasan pilihan raya kecil sebelum ini.

"Sebelum tuan-tuan percaya kepada janji-janji mereka, tuan-puan kena ingat pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh sebelum ini. Ketika itu, beratus-ratus lori bawa batu jalan masuk ke kampung-kampung untuk membaiki jalan yang berlubang.

"Namun, akhirnya selepas pilihan raya, batu itu tinggal batulah. Jalan raya tuan-puan tetap macam itu juga," katanya mengingatkan janji BN semasa pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.

Kerdau adalah kawasan pilihan raya yang berjiran dengan kawasan pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.

Dalam pilihan raya itu, PAS meletakkan Datuk Hishamudin Yahya untuk bertanding namun kalah di tangan calon BN.

Tuan Ibrahim mengingatkan, kali ini orang-orang yang sama dengan watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau.

"Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, walaupun BN menang beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, mereka sangat takut dengan kebangkitan rakyat sejak 2008 hingga kini.

"Walaupun PM menang besar dalam pilihan raya umum 2008, namun kenaikan yang ketara jumlah pengundi di Pekan menunjukkan PM sendiri sangat bimbang.

"Sebab itu, Perdana Menteri selalu saja mengulangi, Mesir tidak sama dengan Malaysia. Percayalah di Malaysia, rakyat yang kena dulu, Mesir tidak," katanya merujuk kepada kebangkitan rakyat Mesir.

Menurut Tuan Ibrahim, Umno sangat bimbang dengan tawaran 100 hari pertama Pakatan Rakyat melalui buku Jingganya.

"Sewaktu kita tawarkan program 100 Paktan Rakyat, PM berulang kali berkata, negara akan bangkrap jika ia dilaksanakan," katanya.

Sebenarnya, kata Tuan Ibrahim, tawaran yang dibuat oleh Pakaran Rakyat itu berdasarkan kajian teliti dan penyelidikan mendalam yang dibuat dan atas kemampuan negara.

"Yang paling menakutkan mereka, bila kita berjanji nak beri RM500 elaun tambahan sebulan kepada semua guru di Malaysia. Mereka kata, negara akan bangkrap.

"Namun, baru-baru ini, lebih 800 guru-guru besar dinaikkan gaji mereka...boleh pula," kata Tuan Ibrahim.

Pakatan Rakyat juga, kata Tuan Ibrahim, menawarkan untuk menghapuskan tol dalam program 100 harinya.

"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar tol....kalau panjanglah lagi tempoh menjelang pilihan raya ini, mereka akan tiru satu persatu cadangan kita," kata beliau.



warkahdaily


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. Tuan blog,

    Saya selalu mengikuti blog tuan yg popular ni dan saya ingin sama melebarkan jaringan pembaca.

    Kalau tuan tak keberatan, mintak letakkan blog saya dlm blogroll tuan.

    t/kaseh

    BalasPadam
  2. susah nak puaskan hati semua orang...lebih2 lagi puak PAS ...ada jek nak komplen walhal kerajaan nak banyak bantu...
    puak PAS :
    - dapat hidup aman kat negara nie (bawah pimpinan BN) kalo ada kucar kacir pun sbb agenda PKR contoh, isu Intelok..padahal bukan ada isu sgt pun.
    - anak-anak dapat pendidikan (BN gak yang sediakan sampai anak-anak korg smua boleh berpikir & hidup senang, xde la sampai merempat cam sesetengah kanak-kanak kat Indonesia yang terpaksa bekerja dan xdpt pendidikan)

    PRK kira rezeki kawasan terlibat la..mana mampu kerajaan BN nak sediakan tuk semua ...kena dahulukan mana yang penting.kena buat secara berperingkat.

    elok juga gaji guru besar dinaikkan dahulu ...elaun tambahan nanti boleh diberikan (hmmm kalo bagi pun sibuk dok menyokong PAS - time duit pandai nak salahkan BN, komplen macam2 tapi bile part nak menyokong sibuk nak jadi pembangkang...paling tak tahan siap2 ada yang jadi calon pembangkang...gaji.. BN gak yang bayar). nie namanya bodoh..tak reti nak bersyukur...bukan Islam mengajar kita untuk bersyukur????

    BalasPadam
  3. kemudahan naik taraf..tak kira la turap jalan waimahpun luruskan sungai adalah untuk keselesaan rakyat..hmmm tuk kebaikan semua kan? puak PAS pun sama-sama nikmati! kalo cam tue...nak komplen2 sangat..jgn guna jalan yang BN da turap/betulkan..

    BalasPadam
  4. LibangLibu sudah link..tq

    BalasPadam
  5. flip flop...masih ada lagi org yang berasa dia bijak tapi rupa2nya bodoh..dia ingat duit kerajaan tu duit BN.Itu semua duit rakyat la.Duit pembayar cukai macam aku ni

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...