Sabtu, Mac 12, 2011

Gempa Bumi Jepun: Lebih 300 Orang Disahkan Terbunuh







TOKYO: Gempa bumi terkuat tahun ini yang melanda Utara Jepun petang Jumaat pada skala richter 8.9 magnitud telah mengorbankan tidak kurang dari 300 orang setakat ini.

Gempa bumi itu bukan sahaja meranapkan begitu banyak rumah kediaman dan bangunan komersial malah telah mencetuskan ombak tsunami di lautan Pasifik.

Agensi Polis Kebangsaan Jepun yang bertanggungjawab mengumpul maklumat terkini bencana alam itu berkata, 110 people orang telah disahkan terkorban dan 350 orang lagi dilaporkan hilang.

"Jumlah ini belum diambil kira laporan yang mengatakan antara 200 hingga 300 mayat lagi ditemui bergelimpangan di pantai Sendai akibat tsunami," kata agensi tersebut.


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Malaysia juga akan mengalami kemusnahan yang amat dahsyat ini jika kerajaan menzalimi rakyat.

    Marilah kita bersama doakan supaya tidak berlaku di negara kita.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...