Isnin, Mac 14, 2011

Jika tidak mahu demonstrasi jalanan, buatlah pilihanraya adil

Oleh Tuan Hj Mohamad Sabu

Tunjuk perasaan aman sudah menjadi perkara biasa terutama di negara yang menjalankan pemerintahan sistem demokrasi. Samada demokrasi liberal seperti di negara Eropah Barat, USA dan juga demokrasi terpimpin di negara sebelah Asia. Demokrasi selalunya dibuat oleh kesatuan sekerja dalam usaha mereka menuntut keadilan samada hal gaji atau pendapatan atau menuntut status social yang lebih baik.

Tunjuk perasaan juga sering berlaku di mana-mana negara untuk menunjukkan sokongan kepada sesuatu dasar seperti dasar menghadkan bilangan anak, hak milikan sekim insuran dan kesihatan, hak mewarisi harta, hak menganut agama dan budaya.



Tunjuk perasaan juga dibuat untuk menentang sesuatu dasar yang dibuat oleh sesebuah negara seperti tunjuk perasaan menetang penglibatan USA di Vietnam. Ia dilakukan oleh rakyat USA sendiri atau rakyat di negara lain, tentangan mereka terhadap dasar USA. Keganasan regime Israel terhadap rakyat Palestine, selalunya berlaku tunjuk perasaan di seluruh dunia di merata negara menyatakan sikap tidak setuju terhadap kekejaman Israel.

Tunjuk perasaan juga pernah dibuat untuk menyokong sesuatu dasar atau peristiwa, seperti sokongan kepada Hezbullah Lubnan, sokongan kepada Gadafi pada tahun 1970-an di atas sikapnya terhadap Barat, sokongan terhadap Iran dalam menghadapi sikap/dasar Hagamoni Barat terhadap negaranya, demonstrasi menyokong Hamas Palestine dan berbagai demonstrasi tanda sokongan terhadap sesuatu perkara.

Saya cuba gambarkan segelintir jenis tunjuk perasaan yang sering dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini.

Demonstrasi untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan agak jarang berlaku di negara-negara dunia ketiga, kalau ianya berlaku bukanlah acara tahunan atau acara biasa. Tunjuk perasaan untuk menukar regime pemerintahan selalunya membawa kepada huru-hara dan memakan korban di pihak rakyat atau pendokong pemerintah.

Puluhan pelajar university di Thailand gugur dalam demonstrasi menetang regime Suchinda, lebih 4,000 pelajar dan orang awam ditembak mati oleh polis Shah Iran pada Jumaat, September 1978, puluhan gugur dalam demonstrasi untuk menggulingkan regime Suharto.

Demonstrasi untuk menjatuhkan pemerintah bukan upacara (event) biasa dan berlaku dalam suasana luar biasa. Demonstrasi rakyat untuk menukar regime pemerintah berlaku di negara-negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi. Pilihanraya di negara-negara ini diadakan hanya untuk mengesahkan regime yang berkuasa. Melalui pilihanraya, terlalu gelap gelita untuk menukar regime Suharto yang disokong kuat oleh ABRI.

Kecuali secara atau melalui pilihanraya mana ada jalan untuk menukar pemerintah Ferdenand Marcos-Imelda. Mana ada cara untuk menukar pemerintah Shah Iran yang didalangi oleh USA dan Israel. Hanya demonstrasi jalanan untuk menukar regime dictator dan zalim dan tidak menjalankan proses demokrasi yang adil. Hampir kesemua negara Arab memerintah secara dictator. Pilihanraya diadakan hanya untuk melanjutkan kuasa regime yang sedang memerintah. Saddam Hussein selalunya memperoleh undi lebih 90%, parti NDP Hosni Mubarak baru mencapai kemenangan 98% dalam pilihanraya 4 bulan yang lalu.

Jangan melihat siapa yang menang, tetapi mesti dilihat perjalanan pilihanraya untuk merebut kuasa. Adakah pertandingan berlaku di padang yang sama rata, adakah pemainnya sama banyak, adalah tiang gol sama besar, adalak pengadil benar-benar adil menjalankan tugas, adakah pasukan sorak dibenarkan masuk ke padang di sebelah pihak sahaja.

Bukan menjadi pilihan rakyat untuk membuat tunjuk perasaan untuk menjatuhkan pemerintah. Lebih 300 terkorban di Mesir barulah regime Mubarak tumbang, ratusan terkorban di Tunisia barulah regime Zainal Abidin-Laila bertukar, sudah ribuan terkorban do Libya belum tentu dictator Gadafi akan tumbang.

Regime Najib-Muhyiddin (Najib-Rosmah) tak perlu memberi amaran kepada rakyat supaya jangan mengikut cara rakyat Mesir, Tunisia atau Timur Tengah berdemostrasi untuk menjatuhkan kerajaan. Malah mereka mesti bertanya kepada diri mereka sendiri, adakah mandat yang mereka perolehi melalui pilihanraya yang sah dan adil. Adakah media di Malaysia bebas, pasukan keselamatan digunakan oleh BN/UMNO atau tidak dalam pilihanraya, wang kerajaan digunakan atau tidak untuk BN mencapai kemenangan, SPR bebas atau tidak dalam mengendalikan pilihanraya.

Rakyat ke jalan raya atau tidak untuk menukar kerajaan BN bergantung sepenuhnya kepada pemerintah BN. Ke jalan raya (demonstrasi) bukan pilihan rakyat tetapi ia adalah pilihan pemerintah yang berkuasa. Hosni Mubarak dan NDP yang menyebabkan rakyat ke jalan raya, dan bukan pilihan rakyat Mesir.

Himpunan BERSIH bukan hendak menjatuhkan kerajaan, ianya adalah untuk memberi peringatan supaya mereka yang berkuasa menjalankan pilihanraya dengan adil. Keadilan dalam pilihanraya adalah punca dan penyebab adanya keamanan.





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama14/3/11 8:12 PG

    hang habak kat mat sabu,kalau orang tak suka dengan kita siapa yang nak pangkah kita.bukan kah itu pilihan rakyaat.macam Penanti mereka tak suka dengan calon BN depa semua pangkah PKR.itu menunjuk demokrasi.masa dia jadi MP dalam Parliment jarang debet,tapi keluar pi ceramah macam dialah yang tahu semua.cakap dengan dia cerminlah diri.orang melayu pulau [pinang kenal sipa mat sabu.jangan dok auta.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...