Kata TPM Muhyiddin “Traffic summons have nothing to do with politics”..Bernama . Itu komen seorang ahli politik dan seorang Timbalan Perdana Menteri. Penjelasan seperti ini hanya layak didengari oleh mereka yang tidak kisah dengan kehidupan atau tidak tahu apa langsung tentang kejadian dan peristiwa semasa.
Saya bukan seorang peguam atau hakim tetapi saya seorang graduan diantara jutaan graduan yang ada dan sedang melihat scenario politik di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya mendoakan semoga peristiwa yang berlaku di Negara luar tidak berlaku di Malaysia melainkan jika pemimpin-pemimpin yang sedia ada tidak mengambil iktibar.
Berbuih mulut kita memperingatkan pemimpin-pemimpin supaya tidak memperkecilkan rakyat sendiri. Kita juga selalu menyedarkan mereka bahawa zaman sekarang adalah zaman langit terbuka. Maksudnya maklumat sangat mudah diperolehi. Lihatlah apa yang dimiliki oleh Wikileaks.
Tentang saman trafik kata TPM tidak kena mengena dengan politik adalah satu kenyataan yang boleh dikategorikan sebagai memperkecilkan rakyat atau merendahkan pemikiran rakyat sendiri. Apa tidaknya, mereka yang memperolehi saman sudah awal-awal lagi disabitkan kesalahan dan tidak diberi peluang untuk mempertahankannya secara adil di mahkamah. Rakyat yang ketakutan terpaksa membayar denda haram ini demi mengelak dari tindakan kejam seterusnya seperti disenarai hitamkan dan tidak dapat membayar cukai jalan walaupun ada wang. Bukankah tindakan seperti ini sudah melampaui batas undang-undang?
Kekalutan seperti ini dikatakan tidak berkaitan dengan politik. Siapa yang boleh mempercayainya wahai memanda? Ambillah iktibar dari pergolakan dunia hari ini khususnya di Timur Tengah. Kasihilah rakyat sendiri. Jangan terlalu tamak dan rancanglah bagaimana mahu menjana wang dengan cara terhormat bukan mencari jalan senang dengan menadah kopiah atau topi. Kurangkan pembaziran dan program-program yang tidak menjana kewangan seperti rombongan keluar negeri oleh mereka yang tidak kena mengena dengan dasar dan perancangan kerajaan. Bezakan antara aktiviti NGO, parti politik dan kerajaan. Tunjukkan kecerdikan kita sebelum kita menunjukkan kebodohan orang lain.
Man Libya
kedahlanie
zackryman said...
Saya menyeru kepada penceramah di dua PRK untuk meggunakan isu saman ekor ini semaksima mungkin agar BN tertonggeng di sana dan dapat menyedarkan mereka bahawa rakyat sangat marah dengan isu ini.
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
saya sokong anggaplah saman ekor sbhgian dpd jihat kuatkan iman kuatkan tekad kuatkan semangat anak muda supaya saman ekor ini settle d PRU13 dan tumbangkan Babi Negara..
BalasPadamsaman2 ni makin kaya la kerajaan,
BalasPadamTerkini : Slower Is Better
saman ekor cukai sana sini subsidi tarik rasuah eh macam2 la kerajaan skg pooorahhh la rakyat didahulukan tp xrasa senang pon makn terseksa ade la ingt negara membangun rakyat senang tp rupenye pemimpin yg makin senang adil ke tu SAMA KE NGN CARA RASUL N SAHABAT!!!!!!!!!!!!!1
BalasPadamSudahlah menjerit tanpa menggunakan akal fikiran...SAMAN ekor itu banyak baik dari buruknya...tujuan mengajar rakyat memandu secara berhemah dan mematuhi undang-undang, aku pun kena bayar saman ekor dan aku akui kadang-kadang sikap tidak sabar menyebab aku melanggar peraturan, maka wajarlah aku disaman.....bayangkan tanpa saman ekor, berapa ramai yang akan jadi RAJA dijalan raya....dengan jumlah kenderaan yang semakin banyak di atas jalan raya, kesesakan sudah pastinya mendesak rasa untuk melanggar peraturan...Belajarlah menerima hakikat bahawa kalau telah melakukan kesalahan, terimalah akibatnya...itulah DOSA dan PAHALA yang ALLAH tetapkan...jangan buat demontrasi nak hapuskan DOSA sudahlah...
BalasPadamLagi satu...PRK kat tempat aku KERDAU modal nak hapuskan SAMAN EKOR tak jalan...PAS dapat 43 undi jer kat tempat aku....carilah modal lain..k?
BalasPadam