Selasa, April 19, 2011

Harap polis berkas segera Eskay yang mengaku bertanggungjawab


Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau yang bertanggungjawab mempertontonkan video seks yang menayangkan lelaki yang didakwa melanggan pelacur asing mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuiab Lazim tidak terlibat dalam keputusannya mempertontonkan kepada wakil media terpilih 21 Mac lalu.

“Saya bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab penuh (ke atas tindakan) mempertontonkan (rakaman video seks).
Mengapa saya memilih untuk menayangkan? Saya akan jelaskan di mahkamah," katanya.

Rakaman 21 minit itu dipertontonkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu, dan dua hari kemudian Shazryl dan Abdul Rahim bersama Shuiab mengaku bertanggungjawab atas pendedahan video itu.

Laporan media semalam memetik Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata, laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula atas arahan Peguam Negara, “kita akan siasatlah.”

Shazryl juga berkata, suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video seks juga diperlukan memandangkan pelaku aksi seks belum dikenal pasti.

“Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan.

“Ia bergantung... saya akan biarkan kepada publik untuk putuskan jika mereka mahukan suruhanjaya diraja atau tidak. Ia adalah kepentingan awam,” katanya.

Nampak gaya, dia pulak lebih kuah dari sudu.. mengarahkan polis.. meminta orang ramai tentukan keputusan. Polis kata jam Omega tu tak penting, dia pulak kata penting dalam kes itu. Haru dah mamat ni.


Dipetik daripada Anuar Hashim

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Powernya ayat mamat lucah ni, “Kami akan lihat dahulu apa yang polis hendak katakan. Kami hendak tahu siapa pelakunya. Kami mahu polis mengenal pasti dan mengesahkan pelaku dan kemudian kami akan memutuskan apa yang kami hendak lalukan". Dia ingat dia Menteri Dalam Negeri ke cakap macam tu?..kalau dah berani cakap macam tu seolah-olahnya ada kuasa besar yang lindung dia nampaknya..!!...Kalau dia kata cuma dia sorg terlibat kenapa guna perkataan "Kami" pulak?..Kami tu termasuk siapa?...sepatutnya sehari selepas dia keluarkan kenyataan media, polis terus tahan dia tapi untuk kes "istimewa" ni lambat pulak ye?...Lagi satu apa slow sangat polis nak umum siapa pelakunya?..sebab pelakunya bukan DSAI ye..he he he!!!

    BalasPadam
  2. si mamat lucah ni kata dia mahu polis kenalpasti siapa pelakun video seks ni, hai kan polis dah bgtau pelakun nya bukan anwar mengapa dia paksa lg polis supaya buat kenyataan, sedangkan dia sendiri bgtau dia ada dlm video seks tu jd makna nya sudah pasti dia tahu siapa pelakun nya mengapa nak berpura2 lah pulak, takut lah pada Allah swt nanti anda yg rugi wahai datuk 's' buangkan lah sifat dendam kesumat yg yg menghiasi diri anda..bertaubat lah semasa Allah masih sygkan anda.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...