KUALA LUMPUR: Pendedahan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Dato’ Mat Zain Ibrahim bahawa persepsi buruk rakyat terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan berterusan jika pihak berkuasa itu “terlalu menurut karenah” Peguam Negara disokong penuh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.
Tambahan pula katanya, pendedahan tersebut dilakukan oleh bekas seorang pegawai tinggi polis.“Maknanya pandangan dia lebih baik daripada orang lain,” katanya kepada Harakah, Jumaat lalu.
Beliau berkata, sebagai seorang bekas pegawai polis pastinya beliau lebih tahu dan pandangannya lebih baik daripada orang lain.
“Kalau saya cakap mungkin orang tidak percaya tetapi jika bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah sendiri yang berkata demikian, orang tak percaya lagi tak tahulah,” katanya.
Pada 5 Mei lalu, Dato’ Mat Zain dipetik berkata, polis akan diberi persepsi buruk jika berterusan “terlalu menurut karenah” Peguam Negara, Tan Seri Abdul Gani Patail.
Sementara itu Hanipa mendakwa, sejak Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah beliau melihat banyak agensi kerajaan rosak termasuk polis peguam negara.
Kerana itu dakwanya, tidak hairan jika dikatakan polis didakwa mengikut telunjuk peguamnegara. “Ini kerana sejak Umno memerintah banyak agensi kerajaan rosak seperti polis dan peguam negara.
“Benda yang rosak ini kalau kita baiki kat mana-mana pun ia tetap bocor. Sebab bocor sana sini, kita kena tukar kerajaan baru,” sarannya.Beliau berkata, menukarkan sebuah kerajaan sama seperti tukar sebuah rumah kerana jika ditampal pun tidak guna juga. Oleh kerana itu katanya, penyelesaian terbaik rakyat perlu menggantikan kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
warta-utara
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...