Ahad, Mei 15, 2011
UMNO Lah Sisa RadioAktif
Beberapa perkembangan terbaru dilihat sejak akhir-akhir ini cukup menjurus kepada tekanan perasaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang sudah memuncak tidak terkawal sehingga terpaksa bertindak ‘semborono’ melebihi mereka-mereka yang biasanya diklasifikasikan sebagai tidak waras atau gila sehinggakan mereka-mereka yang telah dikategorikan sebagai gila pun akan menuduh UMNO terlebih gila. Tahap gila itu jika dirujuk ke Hospital Bahagia pun, tidak akan melayakkan mereka untuk menerima rawatan kerana harapan untuk pulih sudah tiada.
Provokasi melalui akhbar Utusan Meloya dan media TV3 suku yang diputar ulang kepada rakyat bermula dari isu tuduhan liwat Saiful, Video Seks DSAI, Kristian Agama Rasmi, Kerjasama PAS dan DAP ditambah pula dengan kemungkinan cubaan bunuh dan culik kepada keluarga DSAI cukup jelas menjurus kepada niat jahat dan terdesaknya pihak tertentu yang rakus untuk mengekalkan kuasa melalui kaedah hutan rimba walaupun ia dilihat oleh rakyat yang waras fikirannya cukup jijik dan jelek.
Menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki adalah contoh matlamat yang tidak menghalalkan cara, tidak professional, tidak bermaruah, tiada berprinsip dan tidak demokratik lebih-lebih lagi jika sentimen perkauman di adu domba untuk mengekalkan kuasa memerintah.
Aduan demi aduan salah laku SPR dan JPN yang dikaitkan dengan senarai daftar pengundi baru, tuntutan BERSIH, deklarasi 1 Mei dibakul sampahkan tanpa pertimbangan yang waras dari politikus-politikus yang berkuasa.
Kezaliman kepada rakyat yang sudah menderita lama jatuh ditimpa tangga dengan kenaikan harga minyak secara senyap-senyap di waktu malam disusuli dengan kenaikan harga gula sebanyak 0.20 sen untuk kali yang ke-4 malah kebenaran membina infrastruktur LYNAS yang hampir 90 peratus siap di Gebeng Kuantan dan berpotensi mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran rakyat hasil daripada sisa radioaktif thorium dan uranium jelas terbukti bahawa mereka yang telah dilantik oleh rakyat membelakangkan pandangan rakyat secara total dengan memperlihatkan sikap yang cukup biadap, angkuh dan bongkak.
Saya melihat perancangan strategik pihak musuh sedang giat dilaksanakan atas desakan itu. Walaupun kemenangan 2/3 majoriti di Pilihanraya Sarawak baru-baru ini seharusnya dilihat sebagai hamparan permaidani merah untuk mereka terus mengekalkan kuasa di Putrajaya, hakikat sokongan pengundi Cina yang konsisten tidak menyokong dasar perkauman sempit dan kezaliman ekonomi khususnya kenaikan harga barang, pengagihan peluang perniagaan yang tidak adil, pengurangan subsidi, ketirisan pengurusan kewangan rakyat dari projek-projek mega khususnya PKFZ, isu PPSMI dan ancaman sisa radioaktif dari Lynas dan 2 Reaktor Nuklear baru yang dicadangkan, jelas sekali, potensi kehilangan banyak kerusi Parlimen di Sarawak dan juga jangkaan yang sama di Semenanjung akan menjadi kenyataan mimpi ngeri di PRU-13 jika sesuatu langkah yang drastik tidak diambil segera.
Harapan semakin tipis kepada Barisan Nasional (BN) khususnya MCA untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Cina dalam tempoh terdekat ini lebih-lebih lagi perbalahan MCA dengan UMNO dalam isu ‘1 Melayu 1 Bumi’ dilihat jelas oleh pengundi cina bahawa UMNO sememangnya parti politik perkauman sempit yang hipokrit dari slogan 1Malaysia itu. Hipokritnya UMNO secara terang dan nyata khususnya kepada MCA adalah mesej jelas kekecewaan UMNO kepada parti komponen itu kerana gagal menguasai peratusan undi yang tinggi.
Kedudukan MIC dan PPP juga ibarat telur dihujung tanduk dengan isu pergolakan dalaman kedua parti politik itu, isu kegagalan perlaksanaan gaji minimum khususnya gaji minimum pekerja estet yang sudah berpuluh tahun dibentangkan untuk kelulusan kerajaan yang memerintah dan isu Hindraf jelas terbukti UMNO lah yang kini memimpin parti itu, yang menjadikan dasar perkauman yang sempit sebagai dasar perjuangan parti mereka gagal melaksanakan keadilan sejagat dari aspek sosial dan ekonomi lebih-lebih lagi kepada parti komponen mereka sendiri MCA dan MIC yang mewakili kepentingan pengundi Cina dan India.
Oleh kerana itu, pilihan drastik yang keji dan tidak waras menjadi pilihan utama mereka di waktu yang amat singkat ini tanpa harapan yang tinggi kepada MCA dan MIC lagi untuk membantu dengan mengerahkan semua ‘senjata’ yang mereka miliki untuk digembelingkan bersama menumpas gerakan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya.
Jelas sekali dari pemerhatian saya sehingga ke hari ini, dengan tiadanya tindakan kepada Trio Dato’ T dan juga kepada Utusan, semua wayang yang sedang dilakon layar khususnya oleh UMNO sudah dirancang rapi.
Hon amaran PRU-13 sudah berbunyi nyaring untuk semua pihak yang berjuang bersiap-siaga mempertahankan setiap sisi jentera Pakatan Rakyat (PR) yang sedang bergerak maju ke Putrajaya.
PRU-13 mungkin pilhanraya terkotor di abad ini dan kekotoran atau sisa radioaktif UMNO yang lebih bahaya dari sisa radioaktif thorium dan uranium itu adalah puncanya.
Wallahua’lam.
Note:
Huzir Sulaiman
pemudatua.blogspot.com
DD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...