Sabtu, Oktober 29, 2011
3 BERANAK JATUH FLAT SAMA MASA LAIN-LAIN
Sebuah keluarga yang tinggal di Flat Cempaka, Pinggiran Batu Caves dekat sini terus dirundung malang apabila dalam tempoh lapan tahun, tiga ahli keluarga itu maut, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan tersebut.Dalam kejadian terbaru hari ini, S. Prema, 54, ditemui mati berlumuran darah dalam longkang oleh penduduk setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat berkenaan awal pagi ini.
Mayat mangsa yang tinggal di tingkat sembilan flat itu ditemui pukul 5.30 pagi dan segera dimaklumkan kepada anak lelakinya yang hanya dikenali sebagai Siva, 22. Siva memberitahu, dia dimaklumkan mengenai tragedi menimpa ibunya itu semasa berada di tempat kerja pada pukul 6.45 pagi.
“Berita itu amat mengejutkan saya kerana baru semalam, kami sekeluarga bergembira meraikan Deepavali dan tiada langsung tanda- tanda ibu saya akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Yang menghairankan saya ialah cara kematian ibu adalah sama dengan seorang abang dan kakak saya sebelum ini. Ketiga-tiga mereka ditemui mati terjatuh dari flat kediaman kami,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang dekat sini hari ini.
Menurut Siva, seorang abangnya meninggal dunia akibat cedera parah setelah ditemui terjatuh dari flat tersebut lapan tahun lalu, diikuti seorang lagi kakaknya pada tahun lalu.
Katanya, tanpa disangka-sangka, ibu mereka ditimpa nasib sama pada hari ini menyebabkan hanya tinggal dia bersama seorang kakaknya yang masih hidup ketika ini.
Siva berkata, dia tidak tahu apa punca mengakibatkan tiga ahli keluarganya menemui ajal dengan cara sama kerana kematian ibunya hari ini disiasat oleh polis sebagai mati mengejut.
kl-today
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...