Selasa, Oktober 04, 2011
ANTARA AKU, NAJIB DAN CHIN PENG
Saudara Pengarang,
Setiap hari aku bangun tidur, aku mesti mengucapkan Alhamdulillah kerana Allah SWT memberikan lagi aku masa untuk berusaha. Mengapa hari ini tidak lebih hebat dari semalam. Adakah aku semakin hari semakin mundur di dalam kehidupan? atau sememangnya aku mengharapkan takdir mendatang tanpa perlu aku rancangkan. Adakah takdir mengikut rencana kita atau aku tidak memahami istilah takdir.
Semalam, aku makan nasi lemak dan hari ini tak tahu lagi nak makan apa. Poket kosong, nampak berkereta sana-sini. Dahulu berniaga menjadi-jadi. Daripada MLM dan kini aku berniaga konvensional sahaja. Kereta dan rumah sudah lama tertunggak dan tertonggeng…Aku masih lagi memikirkan sesuap nasi yang aku mahu makan hari ini. Aku teringat masa aku di dalam MLM 2 tahun lalu, selepas Ismail Sabri ketatkan undang-undang melalui penggubalan akta jualan langsung dan MLM, berniaga MLM makin sempit yang paling tak tahan ada seorang PTD di KPDNKK cakap salah satu sebab KPDNKK bertindak begitu kerana ramai orang Melayu berniaga MLM pakai kereta mewah (ini offline tapi belum tentu ada rakaman). Jadi, keadaan jadi kucar kacir kerana berniaga MLM makin lama makin susah… Bila dilihat sekeliling bukan MLM sahaja, berniaga kedai dobi, kontraktor, kedai baju, kedai kasut, kedai makan dan apa juga kedai mulai tumbang…Hanya kerana Najib dan Rosmah tidak membeli belah di dalam kedai mereka…..
Najib, sudah pasti hidupnya mewah, Rosmah sudah lama menyimpan duit untuk membeli cincin. KJ pun dah lama kaya kerana banyak sudah harta disimpan di dalam fixed deposit. Kalau tak percaya kita siasat duit-duit mereka sebelum dan selepas menjadi menteri atau YB. Adakah sistem dinegara ini adil? Semua orang ada akaun bank, kenapa akaun Najib, Rosmah, KJ, Ezam dan ramai lagi orang-orang tidak berhati perut ini tidak disemak oleh BNM kerana mempunyai duit yang banyak. Kami yang berniaga MLM biasanya yang jadi mangsa BNM kerana ada duit hasil berniaga yang ada produk serta barangan. Adilkah dunia ini?
Orang-orang kapitalis ini tekan rakyat untuk kaya. Mereka ini banyak duit tetapi langsung tidak berhati perut menindas rakyat. Jangan kita tanya akaun Ismail Sabri ada berapa ringgit. Jangan kita tanya akaun Anwar ada berapa ringgit dan jangan kita tanya akaun sesiapa ada berapa ringgit pun. Tengok akaun sendiri dan bandingkan akaun anda dengan akaun Ibrahim Ali. Duit anda, anda yang cari sebab itu sedikit. Duit orang kapitalis ini semua kita yang cari dan bukan mereka. Ibarat menahan pukat sahaja duit hari-hari masyukkkkkkkk…. tapi, siapa peduli. BNM tidak pernah bertanya datang dari mana duit ini. KPDKK berebut-rebut siasat mana tahu buat skim cepat kaya dan sekatan demi sekatan dilakukan supaya orang MLM tidak boleh berniaga.
Menteri MLM memang suka rasmikan syarikat MLM. Tak taulah, nampak hensem tapi tak ikhlas pun memuji MLM meningkatkan ekonomi rakyat. Aku banyak kali juga datang bila menteri MLM hadir ke majlis anugerah syarikat MLM, tetapi selepas dipuji syarikat MLM, ambil duit cukai, Menteri dan KPDNKK hentam syarikat sekuatnya sehingga mengatakan MLM itu skim cepat kaya. Arahan BNM pun dilakukan dan duit disekat beku. Akhirnya yang kaya BNM dan orang MLM pun makin sengsara.
Tidak habis setakat itu sahaja. Akta diketatkan berniaga ada limit. Tidak boleh berniaga beribu ringgit sebulan sebab nanti buat skim cepat kaya. Hanya berniaga ratus-ratus. Wahai Pak Menteri MLM, berniaga kalau ratus-ratus untungnya puluh ringgit ajer…ini MLM tidak ada syarikat bagi pulangan seratus peratus untung…apa bengong ker… Sebab itu biz MLM makin teruk, ekonomi makin tersungkur, banyak benda tersekat dan akhirnya MLM semakin berkubur sebab BN nak orang MLM kuburkan mereka selepas ini.
Najib, terus disinggah sana tidak fikir pun apa-apa pasal MLM dan pengusaha MLM. Najib tidak pernah beli barang MLM serta Najib langsung tidak faham pasal MLM. MLM ini cukup ramai peniaganya di Malaysia, kerajaan tidak jaga orang MLM malahan hentam sekuatnya sebab takut orang MLM kaya. Jadi, lepas ini orang MLM akan lawan menteri KPDNKK dan Perdana Menteri sebab susahkan kami cari meniaga… Silap dan cukup silap kerana Najib dan Ismail cari musuh dan bukan bantu pengusaha…
Tidak seperti Chin Peng dasar dibawa ialah sama rata. Menjadi atau tidak tetapi Chin Peng ditentang supaya tidak jadi. Chin Peng bukan ahli politik tetapi beliau juga bukan kapitalis. Chin Peng dibiarkan di Thailand dan jangan dibenarkan ke Malaysia kerana Chin Peng akan menyebabkan Malaysia lebih sengsara…itulah ulasan kerajaan Malaysia…
Putrajaya Reformasi
maclub81@gmail.com
kl-today
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...