KENYATAAN MEDIASolidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)27 Oktober 2011
Walaupun diasak oleh peminat sukan tanahair terutamanya penyokong bolasepak kedua-dua pasukan finalis yang merebut Piala Malaysia, FAM selaku badan induk sukan bolasepak negara tetap tidak berundur dari keputusan meletakkan harga tiket dengan harga yang tidak munahsabah iaitu RM50 bagi seorang penonton. Harapan peminat bolasepak tanahair supaya FAM pertimbang harga tiket hancur lebur apabila langsung tidak diendahkan malah peminat dilayan seumpama pengemis sukan.
Sukan bolasepak adalah sukan rakyat, juga sukan utama bagi anak muda. Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) selaku kumpulan anak muda penggempur apa jua kebiadapan entiti terhadap rakyat, memberi amaran kepada FAM supaya tidak terlalu ghairah mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat. Peminat bolasepak tersepit di antara cinta terhadap sukan bolasepak dan tekanan kewangan dari FAM.
Tindakkan FAM meletakkan harga RM50 adalah sama sekali tidak wajar. Harga tersebut adalah di luar kemampuan rakyat terbanyak dan FAM seolah-olah menafikan harga yang lebih selesa buat penonton yang selama ini banyak memberi sokongan terhadap sukan bolasepak negara, setelah banyak perbelanjaan lain seperti kos perjalanan termasuk petrol dan tol perlu dikorbankan peminat. Tidakkah timbul rasa kasihan FAM kepada penyokong bolasepak negara untuk mengurangkan sedikit kenaikkan harga tiket berbanding harga tahun sebelumnya?Dalam final Piala Malaysia edisi yang lalu, FAM telah memperkenalkan harga baru iaitu RM30 bagi setiap penonton. Ia merupakan kenaikkan 50% daripada edisi sebelumnya dari RM20 kepada RM30. Harga tiket RM30 hanya kekal setahun sahaja dan edisi kali melihatkan FAM sekali lagi menaikkan harga tiket dari RM30 kepada RM50 untuk satu kepala. Kenaikkan harga tiket hampir 70% ini membunuh mood rakyat untuk terus menyokong bolasepak negara di masa akan datang. Peminat terasa dipermainkan oleh FAM.
Di manakah Presiden FAM ketika ini? Tidakkah berita kenaikkan harga tiket hampir 70% tidak sampai ke pengetahuan Presiden FAM? Tidakkah Presiden FAM mempunyai sedikit ehsan memayungi peminat bolasepak negara yang juga rakyat Malaysia dengan mempertimbangkan harga tiket yang lebih rendah? Atau adakah Presiden FAM sendiri yang menetapkan harga tiket RM50 hingga harga tersebut tidak langsung boleh dibahas atau dibincangkan?
SAMM ingin menegaskan bahawa sukan bolasepak bukanlah sukan elit mahupun sukan untuk para kerabat atasan tetapi sukan bolasepak diangkat oleh rakyat biasa. Kebanyakkan penonton yang turun ke stadium juga adalah dari kalangan rakyat yang serba sederharna. Oleh demikian, demi kemajuan sukan bolasepak tanahair SAMM akan bersama golongan muda peminat sukan dalam membendung mana-mana tindakkan FAM yang ditakrif mengambil kesempatan serta melampaui batasan kemampuan.
Jangan dilupa bagaimana FAM merayu-rayu agar peminat bolasepak membanjiri stadium di setiap negeri beberapa tahun lalu ketika kegelapan melanda era bolasepak negara. Kesediaan peminat untuk kembali memenuhi stadium telah dibalas dengan kegilaan harga tiket berganda setara dengan harga tiket sebuah konsert!
Apakah pemain liga BPL turut beraksi dalam final kali ini kerana harga tiket hampir menyamai tiket perlawanan jemputan Malaysia dengan pasukan BPL. Keadaan padang di stadium Shah Alam yang berlopak dan berbukit juga menjadi satu kecacatan bila dibandingkan dengan harga tiket yang ditawarkan FAM.
FAM harus malu apabila masih berkeras tidak mahu mempertimbang harga tiket menyamai tahun sebelumnya sedangkan harga tiket bagi perlawanan separuh akhir di Stadium Paroi yang mempunyai kondisi padang lebih baik dari stadium Shah Alam, hanya RM8 ringgit berbanding harga RM50 bersamaan 6 kali ganda lebih tinggi untuk perlawanan akhir.
Difahamkan juga, terdapat sejumlah tiket yang disubsidi oleh persatuan bolasepak negeri. Selain mengoyak kantung kewangan persatuan negeri, tindakkan seperti ini mengundang penjualan tiket 'black market' berpandukan harga asal yang ditetapkan oleh FAM. Jika sebelum ini menjadi satu isu besar bilamana harga tiket dijual lebih mahal dari harga asal, kini FAM seperti memberi kelulusan kepada aktiviti jenayah ulat tiket yang pastinya memperaga harga RM50 walaupun tiket tersebut asalnya dibeli dengan harga subsidi. FAM secara tidak langsung merancakkan lagi fenomena perniagaan 'keuntungan atas angin' yang sangat tidak beretika. Sesungguhnya FAM telah mengkapitaliskan sukan bolasepak tanahair.
Ingatlah, walaupun perlawanan akhir Piala Malaysia edisi kali ini adalah pertembungan antara Negeri Sembilan dan Terengganu, tidak mustahil nasib yang sama menimpa peminat finalis Piala Malaysia bagi musim depan.
SAMM memandang serius ketelanjuran FAM yang meletakkan harga tiket luar biasa dan memastikan FAM akhirnya akan tunduk kepada peminat bolasepak negara biarpun dengan desakkan keras supaya Presiden FAM meletakkan jawatan. Demi kemajuan sukan paling popular di kalangan anak muda, SAMM akan sedia ke hadapan!EDYES SAMMPengarah Propaganda SAMMwww.anakmudamalaysia.comedyesdotcom@gmail.com
Published with Blogger-droid v1.7.4
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...