NANNING, China – Seorang ibu meninggalkan anak yang baru dilahirkannya di sebatang jalan di Nanning, wilayah Guangxi China kerana anak perempuannya itu berambut perang, lapor sebuah akhbar semalam.
Bayi malang itu ditemui oleh seorang wanita yang terdengar tangisannya, baru-baru ini.
Dia ditinggalkan bersama sekeping nota, beberapa helai pakaian bayi dan satu sampul surat berisi wang berjumlah 3,900 yuan (RM1,926).
“Saya sedang berjalan ke tempat kerja dan terdengar suara tangisan daripada dalam selimut di tepi jalan. Apabila dibuka, saya lihat seorang bayi sedang menangis,” kata wanita tersebut.
Nota yang ditinggalkan itu berbunyi: “Saya berharap orang yang baik hati boleh membantu menghantar bayi ini ke rumah anak-anak yatim. Anakku, aku ibu yang tidak bertanggungjawab. Maafkan aku.”
Keluarga di China hanya dibenarkan mempunyai seorang anak bagi mengurangkan populasinya yang mencecah 1.3 bilion orang. via
asyrafasnawi
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...