Khamis, Oktober 27, 2011

Ini Dia Kisah Siapa Zulkifli Noordin Sebenarnya..!!


Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Kepimpinan tertinggi PAS sejak dahulu lagi sedia maklum dan mengenali keperibadian sebenar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin. Kerana itulah, pencalonannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-11 pada tahun 2004 ditolak Majlis Syura PAS walaupun ketika itu beliau ialah pimpinan PAS di Bandar Tun Razak.


Malah sebelum itu, pada Pilihan Raya Umum Ke-10 tahun 1999, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor juga menolak pencalonan PAS Kawasan Baling untuk meletakkan Zulkifli bagi bertanding kerusi parlimen tersebut.

“Maksudnya keperibadian dia sudah diketahui. Dia ditolak dari bertanding. Dia nampak hebat ketika itu, tetapi kita kenal keperibadiannya. Dia bercakap macam mana dan perbuatannya macam mana, kita tahu.

“Tetapi tidak perlulah kita dedahkan (kepada umum) siapa dia. Kita tak mahu layan dia, lagipun dia wakil rakyat yang tiada maruah,” demikian didedahkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pada sidang media sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 22 Oktober lalu.

Sementara itu, Pemangku Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh berkata, walaupun Zulkifli cuba mendakwa dirinya sebagai wakil rakyat Bebas, hakikatnya dia membawa suara Umno-BN.

Ujarnya, Zulkifli sememangnya seorang yang beramal dengan pembohongan di mana beliau sering menggambarkan pada penulisannya di blog, kononnya beliau turun melawat masalah rakyat di parlimen diwakilinya sedangkan dia sebenarnya tidak berbuat demikian.

Khairi juga menempelak Zulkifli yang sibuk mencabar orang lain bertanding pada pilihan raya akan datang sedangkan kedudukannya sendiri sebagai calon mana-mana parti dilihat mustahil.

“Parti mana hendak ambil dia calon? Pakatan Rakyat tak mungkin. Tidak ada calon mampu bertanding melainkan dengan kekuatan dari jentera parti.

“Jadi Zulkifli ini sekarang aktif menonjolkan diri sebenarnya berharap-harap kalau Umno boleh bagi jawatan Senator pada dia,” ujar Khairi pada Taklimat Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah di Pejabat PAS Kulim-Bandar Baharu, Serdang, 24 Oktober lalu.

selatanonline

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

5 ulasan:

  1. KAH KAH KAH..

    si badigol nih agaknya teringin nak kerusi kat selangor kot...
    tu yg sibuk kempen kat selangor akhir2 nih...

    KAH KAH KAH...

    BalasPadam
  2. Sudahlah...masa dia jadi peguam Anwar hampa puji dia bukan main. masa dia ceramah dengan hampa dulu bukan main hampa buka telinga. la ni bila dia dah dedah kisah Al-Juburi. seperti biasa perangai hampa semua orang tau. hampa akan kata balik kat dia macam-macam. sama jugak kalau la ni kalau orang tu tak sokong hampa. hampa kutuk depa siang malam. lepas tu orang yang sama pi jadi puak hampa. la-la tu jugak hampa puji dia bersih dan berintegriti. contoh. pemimpin anugerah tuhan. sudahlah. Allah tahu hati hampa. hampa tok sah dok autalah. bukan semua orang bodoh.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama3/12/12 1:29 PG

    Ini lh kisah opera hidup manusia, yg akan dipertontonkan pada hari kebangkitan. Hanya Allah s.w.t maha mengetahui. Akhir zaman. Terimalah sekalian dr azab Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. puak2 umno pon sama gak.. zaman ms anwar ibrahim dlm umno..bkn main lg..dgq buka telinga ketika dia bersyarah...
      La ni hangpa pggl dia al-juburi lh..pengkhianat lh..haish...hang pernah tgk anwar menjuburi mangsanya?

      Padam
  4. Zulkifli Nordin anjing dua kepala

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...