Isnin, Oktober 24, 2011
Lawatan Najib ke UIA esok bakal disambut demo
Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.
Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.
SMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi.
"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.
"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.
Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.
Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi.
"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.
500 dijangka hadir
Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil menteri pengajian tinggi di bangunan sama.
Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM -- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia.
Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama.
Sementara itu, Malaysiakini difahamkan kumpulan itu akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam.
Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat.
Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidilan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir untuk 'menyambut' kedatangan Najib.
Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Abdul Aziz.
MK
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
benarlah kata ramai orang...mahasiswa melayu hanya berlagak pandai sahaja tanpa menyedari kebodohan masing-masing! mereka beranggapan mereka pejuang tapi sebenarnya petualang! mereka mengabaikan amanah untuk mencari dan menafaatkan ilmu....setelah keluar dari universiti pun mereka juga gagal untuk memimpin masyarakat.....!
BalasPadam