KLUANG 15 Okt - Mulai Januari tahun depan,
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan
MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu
pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang juga
Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran
MyKad Satu Hari di
JPN Kluang dan
pengeluaran MyKad dengan strukur baru. Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan
polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan
teknologi turisan laser pada permukaan kad tersebut.
[Aneh, lain yang dipertikaikan oleh rakyat lain pula yang dilakukan oleh KDN dan JPN. Nampak benar mereka cuba mengaburi mata rakyat dalam hal pemberian MyKad kepada warga asing yang dipertikaikan sekarang ini. Isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanan hanya itu lama yang memang pun wajar diperbetulkan. Namun, isu besar sekarang ialah tentang penipuan "anugerah warganegara" kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Apa guna mempunyai MyKad yang canggih dan terbaik di dunia, jika warga asing begitu muda memperolehinya demi kuasa yang ingin dipertahan oleh kerajaan BN yang memerintah pada hari ini].
pahangdailyKONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...