Ahad, Oktober 30, 2011

VIDEO JARINGAN FINAL PIALA MALAYSIA 2011


PASUKAN Negeri Sembilan berjaya menjuarai Piala Malaysia dengan mengatasi Terengganu 2-1.

SHAH ALAM: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga selepas mengalahkan Terengganu 2-1 dalam perlawanan akhir malam ini.

Terengganu memulakan jaringan pada minit ke-59 dengan jaringan oleh Mohd Ashaari Samsudin.

Negeri Sembilan berjaya menyamakan kedudukan akibat kesilapan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, yang gagal menangkap kemas sepakan S Kunalan pada minit ke-81.

Lima minit kemudian, Negeri Sembilan berjaya menghasilkan satu lagi gol hasil jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-86, memastikan kemenangan untuk Negeri Sembilan.

HM

Saksikan video jaringan yang terhasil sepanjang 90 minit perlawanan tersebut.







KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...