Salam sejahtera, seperti anda, saya seorang rakyat Malaysia dan saya cintakan negara kita ini. Malaysia sebuah negara yang cukup indah, tapi ada macam-macam masaalah.
Tak perlulah saya sebutkan kerna saya pasti kita semua tahu apa masalah-masalah ini. Apa yang saya nak sebutkan ialah masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Jadi jika anda masih belum mendaftar sebagai pengundi, sila lakukan secepat mungkin. Dan jika anda sudah mendaftar, mari kita mengundi.
Ingatlah, walau apa pun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita, ia memang banyak masaalah. Malaysia perlukan kita semua.
Tiga perenggan di atas adalah transkrip penuh kata-kata Ku Li dalam video klip "Undilah", yang haram untuk ditayangkan di media perdana. Kenapa Edyes petik kata-kata Ku Li dalam klip tersebut, kerana tertarik dengan penekanan betapa 'negara ini banyak masalah'. Percayalah, negara kita akan lebih masalah jika kita benarkan kerajaan Barisan Nasional terus kekal sebagai pemerintah. Dan harus percaya juga, masalah ini mungkin tidak boleh selesai melalui pilihanraya. Ok 'undilah' itu cerita lain, sekarang fokusnya ialah masalah dalam negara.
Antara masalah yang terus membuatkan setiap rakyat negara ini terutamanya yang beragama Islam terus bersalah ialah berkenaan hubungan dagangan Malaysia-Israel. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel kembali panas selepas pembongkaran demi pembongkaran berlaku oleh beberapa blogger dan kali ini ia pasti tidak akan kebah hingga tertumbangnya regim yang menyokong zionis.
Ya, memang Malaysia salah sebuah negara yang amat mengambil berat tentang nasib rakyat Palestine. Sejak dari dahulu lagi Malaysia di atas pentas dunia menentang keras kependudukkan Israel ke atas kiblat umat Islam pertama Al-Aqsa. Kita juga mengutuk setiap serangan Israel yang menyebabkan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa terkorban. Namun itu di atas pentas, bagaimana pula di belakang pentas?
Terdapat sebuah regim yang Edyes namakan sebagai regim BN yang secara politiknya menguasai negara ini, sentiasa dimunculkan dengan imej anti Israel dan pro Palestin. Malah rejim BN ini juga mewajahkan lawan politik dalam negara sebagai agen Amerika dan perbagai imej seolah anti Islam. Namun sedarkah kita dalam wajah yang lain Malaysia ialah antara negara Umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin munafik yang menjadi rakan dagang penyumbang kepada ekonomi Israel?
Dahulu sememangnya Malaysia mempunyai satu undang - undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.
Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 di bawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.
Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara Islam dan eropah memboikot Israel.
Modus operandinya ialah, negara Israel sebagai sebuah negara bukan sahaja diboikot oleh negara kebanyakkan negara Islam malah kebanyakkan negara di serata dunia yang tidak bersetuju akan keganasan terhadap umat Islam Palestine. Apa sahaja barangan keluaran Israel tidak akan sewenangnya laku, ditambah pula dengan 'market' yang sangat tirus.
Oleh demikian, untuk memastikan industri negara Israel di Haifa, Netanya dan Hizeria terus membangun, segala hasil industri terutamanya dalam bidang berteknologi elektronik dan bahan komponen akan di hantar ke negara-negara lain hanya untuk pemasangan sahaja.
Jika pemasangan itu di negara Israel, jadilah 'Made in Israel' dan ia confirm tidak laku jika dijual ke dunia Islam. Namun jika bahan industri tersebut di hantar ke Malaysia sebagai contoh, dan dipasang-siapkan di Seremban, maka akan tertera copnya 'Made in Malaysia'. Maka ia laku untuk di jual di seluruh dunia lantas memenuhkan kantung kewangan negara sambil membantu industri negara Israel lakhnatullah.
Bukan hanya sekadar memajukan industri elekrtonik dan bahan mentah Israel tetapi regim BN turut membangunkan juga industri perkhidmatan Israel. Ia termasuklah konsultasi sistem komputer di CIMB Bank iaitu EDS Malaysia yang mempunyai bangunan pejabat di Cyberjaya. Tahun 2006, CIMB melanjutkan kontrak EDS untuk tempoh 10 tahun dan membelanjakan sebanyak 720 juta untuk kontrak tersebut.
EDS International yang berpengkalan di US pula berasal dari negara haram Israel dan antara sumbangan besar EDS International ialah sistem persenjataan tentera Israel. Maka setiap pembayar riba', pelabur dan penerima keuntungan dari CIMB adalah sebenarnya terlibat secara tidak langsung membantu tentera Israel membunuh anak Palestine dengan tembakkan tepat di kepala. Jangan kita lupa juga siapa bos CIMB... Now tengok dua gambar di bawah;
Klik untuk besarkan, EDS asalnya diubah menjadi HP
Klik untuk besarkan, lihat apa tugas EDS di Israel
Banyak lagi contoh industri perkhidmatan Israel yang mengambil untung dari rakyat Malaysia untuk terus menindas Palestine dan menguasai dunia. Pernah anda dengar kapal kontena muatan 10k TEU, milik ZIM yakni syarikat 'GLC' perkapalan Israel berlabuh di Klang? Bukan sekadar berlabuh tetapi kontena syarikat ini juga berlegar di seluruh negara. Semua ini dijelaskan dalam entry ini juga, harap sabar.
Antara penyumbang lain, jika Dr. Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini menghabiskan RM77 juta wang cukai rakyat Malaysia untuk Apco Worldwide demi persediaan Pilihanraya ke-13.
Dan hari ini, apabila ditanya mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel berikut adalah jawapan Menteri di Parlimen;
Bentuk perhubungan Malaysia dan lsrael adalah melalui rangkaian bekalan antarabangsa yang kebanyakannya terdiri dari bahan mentah dan komponen elekronik. la dikendalikan oleh syarikat syarikat multinasional yang beroperasi di rantau teluk termasuk lsrael .
Ini bermakna menteri sendiri mengakui memang terdapat hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel, walaupun melalui orang tengah sepertimana modus operandi yang diterangkan di awal entry. Sekarang tiba masanya untuk blogger-blogger pakatan rakyat sama-sama bikin pendedahan setiap kerjasama Malaysia dan Israel!
Dalam masa sama, tidak hairan juga bila isu perdagangan Malaysia-Israel seolah-olah disorok habis-habisan oleh regim BN walaupun sebenarnya sebelum ini ada ahli parlimen yang ditendang keluar dewan parlimen hanya kerana mempersoal hubung dagangan Malaysia-Israel. YB tersebut dipanggil masuk semula setelah beberapa jam, mungkin bagi mengelakkan isu dagangan Malaysia-Israel yang dibawa ke parlimen mencetuskan percikan yang membawa kepada kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia.
Sila refer entry Edyes bertajuk "Ahli Parlimen Pakatan Dihalau Bila Bongkar Dagangan Malaysia-Israel !!" dan satu lagi entry penjelasan YB Er Teck Hwa mengapa beliau dihalau keluar parlimen dalam tajuk "MP Bakri: Jangan Sembunyi Dagangan Malaysia-Israel !!" .
Antara yang berkaitan juga, satu entry yang menjelaskan bagaimana Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israelmengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi punya hubungan dagang membantu ekonomi Israel dalam entry bertajuk "Kita Bising Peninju Israel Masuk Tetapi Diam Perihal Hubungan Dagang M'sia-Israel?"
Awal hari ini juga, satu pendedahan penting juga dibuat oleh blogger pulakdah! apabila memberikan satu senarai yang menunjukkan Malaysia sebagai rakan dagang ke-15 tertinggi Israel. Bayangkan daripada lebih 200 negara, Malaysia di kedudukkan ke 15 dunia yang berdagang dengan Israel!! Berapa ramai anak Palestin yang dibunuh hasil sumbangan negara ?? Pendedahan tersebut boleh dirujuk dalam entry "Seksualiti Merdeka Berjaya Tenggelamkan Isu Dagangan Malaysia-Israel"
Lihat senarai Israel's Trade With Main Partners 2010 di bawah;
Klik untuk lebih jelas
Sila masuk ke link di sini untuk menjadi saksi melihat sendiri negara Malaysia yang selama ini meratapi kematian anak-anak Palestine telah menjadi rakan dagang Israel yang ke-15 terbesar. Ini bukan cerita kosong! Ini cerita betapa munafiknya pemimpin negara 'Islam' Malaysia yang sebenarnya tidak jauh bezanya dengan negara arab yang menjalinkan hubungan terus dengan Israel.
Jangan terkesima lagi, Edyes teruskan dengan pendedahan blogger MiloSuam pula yang menyiasat laman web www.zim.com, mendapati ZIM Integrated Shipping Services Ltdmerupakan syarikat perkapalan terbesar Israel dan negara kita pula bekerjasama dengan syarikat tersebut. Lihat entry hot "Bagaimana Lori Dagang Syarikat Israel terlepas masuk Malaysia?"
Klik untuk besarkan gambar
Semua pencerahan dan penerangan di atas ini sebenarnya telah diakui lebih awal oleh Utusan Malaysia sendiri. Ketika kapal pengangkut kontena milik syarikat ZIM Integrated Shipping Services Ltd tahun lalu, Utusan sendiri melalui penulisnya Zaini Hassan telah membuat satu artikel mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim zionis menjalinkan hubungan dagang dengan Malaysia di bawah tajuk Bendera Israel berkibar di Malaysia?.
Nantikan pendedahan SAMM yang lebih besar bila-bila masa dari sekarang. SAMM sebagai penggerak anak muda radikal akan memaparkan printscreen/gambar borang kastam yang menunjukkan terdapat urusniaga secara terus dari Haomanut Street, Netanya Israel ke Kargo KLIA dan dibawa ke Negeri Sembilan !!
Selari dengan itu, Chegubard sebagai Ketua Penyelaras SAMM akan membuat pendedahan penting di dalam kawasan parlimen Jeli iaitu parlimen kepunyaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tanggal 10 November 2011. Edyes akhiri entry ini dengan sebuah kenyataan Siaran Umum, Seketariat SAMM Kebangsaan bersama tentatif pembentangan BUKTI HUBUNGAN DAGANG M'SIA-ISRAEL
Ingatlah, walau apa pun terjadi, Malaysia ini negara anda. Ia negara kita, ia memang banyak masaalah. Malaysia perlukan kita semua.
Sesungguhnya menentang zionis itu hukumnya jatuh wajib ke atas setiap umat Islam. Jika pun tiada kemampuan untuk pergi ke Palestine, pikul senjata dan memerangi Yahudi lakhnatullah, adalah sama makamnya dalam setiap usaha kita menumbangkan rejim Umno dan BN supaya Malaysia tidak lagi menjadi sebahagian daripada penyumbang penguasaan Zionis!!
EDYES @ edyesdotcom
Siaran Umum
Seketeriat SAMM Kebangsaan
8 Nov 2011
Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan...‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara konsisten sejak dua tahun kebelakangan membangkitkan isu hubungan dagang Malaysia - Israel. Isu ini telah diangkat oleh YB Er Teck Hwa (ahli Parlimen Bakri) sebagai soalan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam ucapan perbahasannya pada 17 Oktober 2011 yang lalu.
Namun pada 31 Oktober 2011, Menteri Dato' Mustafa Mohamad telah bangun ke di Parlimen untuk menjawab soalan mengenai kementerian yang diwakilinya telah tidak menjawab soalan hubungan dagang dengan Israel. Ahli Parlimen Bakri walaubagaimanapun telah bangun beberapa kali mencelah meminta penjelasan mengenai hubungan Malaysia dan Israel. Mustafa terus membisu dan tidak tahan dengan asakan Mustafa diselamatkan oleh Yang Di Pertua Dewan dengan mengarahkan ahli Parlimen Bakri keluar. Di rekodkan ahli parlimen bakri telah diusir keluar secara fizikal oleh Bentara dewan kerana memohon penjelasan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel.
SAMM melihat perkara ini dengan serius. Kembali kepada kuasa rakyat. Maka SAMM dengan kerjasama Pemuda PAS Kelantan akan mengadakan satu ceramah umum bagi membentangkan bukti-bukti hubungan dagang Malaysia - Israel di hadapan pengundi kawasan menteri berkenaan di Jeli.
Semua di jemput hadir dan menyebarkan makluman ini.
CERAMAH UMUM
'BENTANG BUKTI HUBUNGAN DAGANG M'SIA-ISRAEL'
10 November 2011
9.00 malam
Markas UPU, Ayer lanas, Jeli
bersama che'GuBard (SAMM) dan Ust Hafiz Musa (DPPK)
shalehudin
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...