Ahad, November 27, 2011
LAWAK AHAD: CAGAR FERRARI
Seorang lelaki India bertemu dengan pegawai pinjaman di bank New York City. Beliau perlu ke India menguruskan bisnesnya selama 2 minggu dan perlu meminjam $5000.
Tanya pegawai bank, "Apa cagaran yang Tuan ada?"
Lelaki India itu mengeluarkan segugus kunci dan beberapa helai dokumen, "Ini kunci dan dokumen kereta Ferrari saya. Saya parkir di depan bank."
Setelah mengusulkan pada presiden bank, pegawai bank bersetuju. Presiden bank sempat ketawa kerana pinjaman $5000 dicagarkan dengan $750,000. Setelah lelaki India menerima $5000, pekerja bank pun memandu dan menyimpan Ferrari di dalam garaj.
Selang 2 minggu, lelaki India itu kembali, "Nah $5000, dan ini bunga $15.41." Pegawai bank dan presiden tersenyum, tetapi wajahnya kehairanan. "Kami gembira dapat membantu Tuan. Namun kami hairan setelah menyemak profil Tuan. Tuan seorang jutawan, kenapa meminjam $5000?"
Lelaki India itu ketawa terbahak-bahak, "Mana saya nak parkir Ferrari saya selama 2 minggu di New York ini hanya dengan $15.41?"
Inilah kisah benar seorang lelaki India bernama Vijay Mallya, jelmaan Tony Fernandez di India. Beliau adalah tauke arak Kingfisher (United Breweries Group) dan syarikat penerbangan Kingfisher Airlines. Pemilik bersama pasukan F1 Force India dan pasukan liga India, Bangalore Royal Challengers, dan East Bengal FC.
P/s: Terjemahan dari nota Jeya Samuel. Pandai-pandailah tapis ilmu, yang baik jadi teladan, yang buruk bukan ikutan.
kredit: www.NurulAmir.com
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...