Selasa, November 15, 2011

NFC : SPRM tak ada 'kuasa', serah pada polis..

Dah makin kalut badan penguatkuasaan kat Malaysia sekarang ni. SPRM yang ditubuhkan untuk memperbaiki badan yang dikenali sebagai BPR dulu pun tak berani nak mulakan siasatan terhadap penyalahgunaan wang dana milik rakyat keatas pembelian kondo mewah milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.





Salahguna wang milik rakyat tak termasuk dalam akta yang dikendalikan oleh SPRM ke? Macamana kes bekas MB Selangor, Khir Toyo yang beli rumah ala-ala Bali bernilai RM6.5 juta disiasat bawah SPRM? Apa beza antara kedua-dua kes ni? 



Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh SPRM mengatakan setelah dirujuk kepada Lembaga Penasihat Dan Pencegahan Rasuah, kes ni mesti dirujuk kepada pihak polis dan disiasat dibawah Kanun Keseksaan. 





Semua rakyat tahu bahawa SPRM ni dibawah Yang DiPertuan Agong dan polis pulak dibawah Menteri Dalam Negeri. Dah tentu akan ada 'conflicts of interest' nanti. Takkan la Pak Menteri tak mau tolong geng dia kan? Dan slogan PM Najib sendiri dah menjadi trend ikutan golongan-golongan Pak Menteri Malaysia sekarang ini, U help me, I'll help U. Lagi mau tipu makcik-makcik dan pakcik-pakcik di felda dan di kampung ke?





Wang dana disalahgunakan untuk membeli kondo mewah peribadi pun masih belum dikira kes yang kuat untuk SPRM memulakan siasatan. Nak tunggu bukti yang macamana lagi tak tahu la SPRM ni. Tapi kalau kes polis ambik duit RM50 dari orang awam merupakan kes yang paling disukai oleh SPRM sebab mungkin kerja mereka menjadi mudah. Nak tangkap Pak Menteri, silap-silap pengarah dia pun kena lucut jawatan.





Kes NFC ni kalau siasatan yang telus dijalankan, maka akan ada Menteri yang mengidamkan kerusi nombor satu dalam negara akan tinggal angan-angan saja. Kes berprofile tinggi macam ni mana mungkin akan disiasat dengan setelusnya. Sebagai contoh, kita tengok macamana kes PKFZ yang hingga kini Pak Menteri yang terbabit masih bebas tetapi para pecacai pulak yang kena tanggung beban.





Badan penguatkuasaan dalam negara makin teruk terjejas semenjak era pemerintahan Tun Madey lagi. Tun Madey la orang yang patut dipersalahkan kerana merosakkan sistem keadilan dalam negara bermula dengan sistem kehakiman pada tahun 1988 dan semakin hari semakin teruk akibat dari cubaan rakus untuk mengekalkan kuasa. badan penguatkuasaan telah di per'lembu'kan secukup-cukupnya demi memastikan kerahsiaan dan survival politik mereka terus kekal. 



kopitarikkaw


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...