Sabtu, November 19, 2011
PAS mahu semua menteri terbabit letak jawatan
KUALA LUMPUR: Semua menteri kabinet yang meluluskan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sehingga menyebabkan kerugian mencecah RM250 juta didesak meletakkan jawatan.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kes-kes yang membabitkan penyelewengan dana awam adalah kes yang telah mencemarkan integriti pentadbiran negara.
Katanya, desakan untuk letak jawatan bukan sahaja membabitkan Menteri Pembang2unan Wanita, Dato’ Shahrizat Abdul Jalil bahkan semua menteri yang terbabit.
“Kementerian dan kabinet yang meluluskan projek kepada suami Shahrizat sepatut bertanggungjawab sama, bukan Shahrizat seorang,” katanya.
Merujuk kes pelantikan menantu Menteri Besar Kelantan sebagai CEO dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), jelasnya walaupun tidak ada pendakwaan berlakunya penyelewengan tetapi beliau meletak jawatan apabila didesak berbuat demikian.
Malangnya, jelas Ustaz Tuan Ibrahim, projek feedlot yang ternyata gagal dan diagihkan pula kepada kaum keluarga Shahrizat masih lagi dipertahankan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin.
Tegasnya, Muhyiddin sebagai menteri yang bertanggungjawab sepatutnya bukan mempertahankan Shahrizat sebaliknya mengambil tindakan ke atas kegagalan beberapa pihak yang menyalahgunakan dana awam tersebut
“Apa yang berlaku masing-masing cuba mempertahankan, mereka termasuklah Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, menunjukkan mereka seolah-olah menyokong dana awam disalahgunakan,” katanya.
“Apabila sistem pentadbiran negara kita sudah korup, berlaku penyelewengan di mana golongan yang tidak betul akan terus mempertahankan tindakan yang tidak betul. Inilah budaya dalam Umno,” katanya.
Sebelum ini, desakan pelbagai pihak termasuk wakil rakyat BN, Dato’ Bung Mokhtar Radin agar mereka yang bertanggungjawab dalam skandal NFC wajar meletakkan jawatan.
Kemudian sehari selepas itu, Muhyiddin pula mempertahankan Shahrizat tidak terlibat secara langsung dalam projek NFC dan tidak perlu meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet dan parti.
Muhyiddin berkata, gesaan Timbalan Pengerusi BBC-BN itu agar Shahrizat meletakkan jawatan adalah sesuatu yang tidak perlu di kalangan “orang sendiri.”
selatanonline
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...