Mereka bukan sahaja berebut-rebut sesama mereka di dalam parti sekular tersebut, bahkan rakan sekutu mereka pun mereka mahu pijak. Perebutan kerusi di antara Umno dan MCA termasuk Gerakan tidak boleh diselindung lagi kerana Umno sudah mula meluat dengan kedua-dua parti Cina tersebut disebabkan Bn hilang maruah hilang majoriti 2/3 di Parlimen adalah kerana undi kaum Cina. MCA dan Gerakan nampaknya masih degil dan tidak lagi takut untuk menentang kehendak Umno kerana mereka faham bahawa undi kaum Cina telah lari kepada Pembangkang disebabkan kelemahan dan kerakusan pemimpin Umno sendiri. Umno cuba untuk menjadikan kaum Cina seperti kebanyakan kaum Melayu yang sanggup jadi burung belatuk kepada Umno.
Keluarga beliau dikatakan mendapat RM250 juta projek NFC? |
Budaya cantas mencantas di dalam Umno semakin parah. Sebuah web portal pro Umno seolah-olah mengakui hakikat ini dan tertanya-tanya siapakah yang punya angkara yang suka mendedahkan tembelang rakan-rakan sendiri di dalam parti. Baca di SINI.
Kisah lembu Sharizat (bukan Shahrizat lembu) sedaya upaya cuba untuk dipertahankan oleh Noh Omar dan KJ. Sehinggakan mantan PM yang kuat tidor, Pak Lah terbangun dari lena lantas turut mempertahankan Shahrizat. Mereka kata itu semua bukan salah Shahrizat sebab bukan Shahrizat yang uruskan projek lembu tersebut tetapi keluarga Shahrizat sahaja. Rakyat tertanya-tanya pula dari mana keluarga Shahrizat dapat keistimewaan itu? Adakah dari Kerajaan Negeri Selangor, P.Pinang, Kelantan mahu pun Kedah yang anugerahkan? Tentunya dari Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Shahrizat pula adalah Menteri Kerajaan Pusat yang juga Ketua Wanita Umno. Masakan semudah itu masih ada lagi rakyat yang bodoh tidak boleh berfikir?
Ariff Fahmi, menantu MB Kelantan dinasihat undur dari PMBK semata-mata beliau menantu kepada MB |
Teringat kita kisah di mana suatu ketika menantu Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan iaitu Ariff Fahmi digesa meletakkan jawatan selaku CEO PMBK walaupun tiada satu pun unsur-unsur penyelewengan yang dilakukan oleh menantu MB Kelantan itu. Media pencacai siang malam memainkan isu Ariff Fahmi sehinggakan ada pimpinan PAS yang turut termakan dengan hasutan media haprak tersebut. Akhirnya, MB Kelantan bersetuju untuk menasihati menantunya agar melepaskan jawatan CEO PMBK.
Nazir Razak, Di dalam, senarai 40 terkaya di Malaysia, adik Najib adalah Pegawai Eksekutif CIMB Group |
Tiada sesiapa pun yang pertikai adik Najib, Nazir Razak juga memegang jawatan Pegawai Eksekutif CIMB Group. Bahkan, beliau di antara 40 terkaya di Malaysia. Mengapa pula kali ini Shahrizat diburu habis-habisan? Ini semua adalah mainan pijak memijak di dalam Umno sendiri untuk menggambarkan bahawa Najib memang lemah dengan wanita, bukan sahaja dengan Rosmah. Justeru itu, tidak pelik Bung Mokhtar, MP Kinabatangan dari Bn sendiri menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan agar nama Umno/Bn tidak terjejas. Ertinya, memang benarlah apa yang dikatakan bahawa berlaku penyelewengan di dalam projek lembu tersebut. Jika tidak, mengapa MP dari Bn ini sendiri mahu Shahrizat berundur?
Kerana `projek lembu', maka `lembu-lembu' pun tidak bersuara ?
Adakah jika Shahrizat berundur maka Umno dilihat bersih? Hanya orang yang bodoh sahaja berfikir sedemikian. Sekiranya Shahrizat berundur sekali pun, kes ini mestilah disiasat dan diambil tindakan ke atas penyeleweng. Sewaktu Ariff Fahmi meletakkan jawatan dari PMBK, beliau terus juga disiasat walaupun akhirnya tiada kes penyelewengan berjaya dibuktikan. Kita mahu Shahrizat juga berani seperti Ariff Fahmi dan Najib juga mesti berani seperti MB Kelantan itu.
Sewaktu menyerahkan borang memasuki Umno, Ezam tekad akan tentang rasuah habis-habisan...kini di mana suara itu? |
Cuma yang saya rasa pelik, di mana suara PERKASA, suara Ezam sesumpah, Zahrain katak dan Zul Kulim? Cuba bayangkan jika kes ini berlaku kepada anak DS Anwar, Tan Sri Khalid atau anak Lim Guan Eng. Sudah tentu TV3 suku menjadi gila babi siang malam selama setahun. Mereka tiga empat ekor itu tidak bersuara, mungkin kerana ini adalah kes lembu yang mereka juga spesis kepada mamalia tersebut./wfauzdin.blogspot.com
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...