Selasa, November 22, 2011

TVS Akan Siar Siaran Langsung Debat Rafizi-KJ


TV Selangor (TVS) akan menyiarkan siaran secara langsung menerusi sesawangnya sekiranya acara debat yang membabitkan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjadi kenyataan.

Ketua Pengarang TVS, Sheridan Mahavera berkata TVS tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiarkan siaran secara langsung memandangkan kebanyakan saluran tv milik kerajaan tidak berminat untuk mengadakannya.

"TVS mempunyai krew dan peralatan yang lengkap untuk menyiarkan siaran secara langsung dan selama ini pun banyak siaran secara langsung berhubung pelbagai 'event' termasuk ceramah dan konvensyen telah dilakukan dengan jayanya.

"Buat masa ini siaran langsung kita telah mencapai lebih dari 3,000 pelayar dalam satu-satu masa masa.

"Kemampuan 'server' kita juga mampu untuk melayan lebih 60,000 pelayar dalam satu masa." jelas Sheridan.

TVS dapat dilayari melalui www:tvsnews.net.

Pada 19 November lalu PKR mengeluarkan surat undangan rasmi kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat berhubung dakwaan skandal projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.

Pencabarnya Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli melalui surat itu berkata, tindakan itu diambil ekoran kesedian Khairy, seperti dilaporkan media sebelum ini.

"Mengambil kira jadual kerja seperti yang saudara suarakan dalam media, saya mencadangkan supaya debat tersebut diadakan pada hari Isnin, 12 Disember 2011," surat itu dipetik.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...