Isnin, Disember 19, 2011

Skandal NFC: Dua Lot Tanah di Putrajaya Belum Tukar Nama



PUTRAJAYA 18 DIS: Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13 atau dikenali sebagai Gerakan MARAH menggesa pihak Polis segera membuat siasatan berhubung dua lot tanah yang di dakwa dibeli oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil masih di atas nama Putrajaya Holding.

Ketua Koodinator Jingga 13, Fariz Musa berkata berdasarkan pendedahan sebelum ini mendapati Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) oleh NFC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya di tapak PT 1886 dan PT 1887.

Manakala NMLC juga merupakan syarikat milik keluarga Shahrizat.



"Hasil siasatan kami mendapati dua tapak tanah tersebut masih di atas nama Putrajaya Holding," kata Fariz ketika mengadakan lawatan di tanah tersebut bersama Cabang PKR Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, transaksi pembelian tanah tersebut bukan sahaja menyalahi peruntukan wang rakyat kepada NFC malah menimbulkan persoalan lain.

"Ini juga menimbulkan persoalan kenapa tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui NMLC membeli dua bidang tanah tersebut?

"Adakah ianya benar-benar wujud pembelian atau hanyalah langkah bertujuan mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut?" soal beliau.

Sehubungan itu beliau mengesa pihak polis segera mengadakan siasatan berhubung empat kegiatan oleh NFC iaitu;

1. Pada 9 Disember 2010 telah menggunakan wang pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622

2. Dana sejumlah RM 3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Presint 10 , Putrajaya iaitu PT 1886 dan PT 1887

3. Semakan bayaran melalui cek dari akuan 14160000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC di antara Januari sehingga Julai 2010 sejumlah 15 cek berjumlah RM455,423 kepada Impian Globe Network Sevices , sebuah syarikat pelancongan ke luar negara.

4. Pada 21 Julai 2010 NFC telah memindahkan sejumlah RM 588,585 ke akaun Meatworks (Singapura ) Pte Ltd milik keluarga Shahrizat tersebut dan ianya bertentangan dengan fungsi NFC.

Menurut Fariz lagi, beberapa laporan polis telah dibuat sebelum ini namun siasatan polis masih kabur.

"Siasatan Timbalan Ketua Polis Negara amat pantas, yang melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah jenayah .

Berdasarkan keseluruhan laporan polis yang dibuat Jingga 13 menurut beliau sejumlah RM18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot .

Katanya, JINGGA 13 mendesak pihak polis agar bertindak telus, adil dan profesional terhadap siasatan yang dilakukan bukan nya bertujuan untuk 'membersihkan' mereka yang terlibat dengan skandal NFC .

"Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ianya adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah," ujar Fariz lagi.

Turut hadir ketika mengadakan lawatan di dua tapak tanah tersebut ialah Ketua Cabang Putrajaya, Onn Abu Bakar, berserta ahli-ahli parti tersebut.

TVS


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...