Khamis, Disember 29, 2011

Video pembongkaran aset NFC di Singapura


JINGGA 13 terus konsisten dengan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di semua peringkat termasuk peringkat nasional apatah lagi apabila ianya melibatkan wang rakyat. Penentangan yang berterusan adalah syarat rakyat telah mula muak dan bosan dengan keadaan semasa. Atas keadaan itu, Jingga 13 mengambil inisiatif menyiasat dan membongkar sendiri kebenaran mengenai dakwaan mengenai wujudnya pembelian aset di Singapura oleh National Feedlot Corporation.

Pada 23 Disember 2011 yang lalu, Jingga 13 telah pergi ke Singapura untuk melihat sendiri kesahihan dakwaan melibatkan pembelian kondominium mewah bernilai RM 10 juta dan pengaliran wang keluar untuk perniagaan MeatWorks, sebuah restoran mewah. Berikutan itu kami merakamkan video eksklusif untuk didedahkan kepada paparan umum.

Jingga 13 ingin menjemput dengan segala hormatnya, tuan-puan rakan media untuk hadir esok bagi melihat sendiri rakaman video eksklusif kondominium mewah Orchrad Scott dan restoran mewah MeatWorks ION Orchrad di Singapura sebagai bukti kewujudan pemilikkan dua aset ini di luar negara, hasil pinjaman mudah NFC dari kerajaan untuk projek integrator fidlot kebangsaan.

Sidang video akan berlangsung di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square pada hari esok 29 Disember 2011 pada pukul 2.00 petang. Turut hadir nanti adalah Ketua Wanita Keadilan, Yb Hajjah Zuraida Kamarudin dan Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli.

MUAFAKAT. PRIHATIN. BERANI

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha Jingga 13

013-3927477

Sumber:milosuam




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...