Rabu, Januari 11, 2012
ADAM ADLI TAK AKAN MERAYU, KOYAK SURAT PENGGANTUNGAN
Aktivis pelajar yang semakin popular di kalangan penyokong dan aktivis pembangkang dan remormasi, Adam Adli Abdul Halim yang digantung pengajiannya di UPSI selama tiga semesta menyatakan dengan tegas tidak akan merayu terhadap hukuman yang diterimanya kerana insiden menurunkan bendera PM Najib.
"Saya tak kisah gantung, gantunglah saya. Kita akan terus lawan di mahkamah luar," tegas anak muda berjiwa kental asal Pulau Pinang.
Malahan beliau mengambil pendirian tidak akan merayu terhadap hukuman yang diterimanya, dan mengoyak surat penggantungan tersebut.
"Saya diberi peluang merayu, tetapi buat apa saya nak merayu dengan orang sebegini!" kata beliau dengan sinis.
Beliau turut menyifatkan panel juri lapan orang untuk prosiding terhadapnya sangat bias dan merupakan orang-orang UMNO, termasuk salah seorang daripadanya Prof. Zainal Kling.
"Saya pun tak faham macam mana orang ini boleh bergelar profesor ....." kata Adam Adli, wira baru anak muda Malaysia.
tinta-tajam
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Satu tindakan yg bijak. Tak payah jadik cikgu lagi bagus. Budak2 skrg dah lebih ajar. Biaqpila... Melayu bodoh
BalasPadam