Khamis, Januari 12, 2012

DOKTOR TAK MENGAKU CABUL PESAKIT HAMIL


MALU...Mohd Suhaidin menutup wajahnya ketika dibawa keluar dari mahkamah,selepas diikat jamin semalam.

SELAYANG: Seorang doktor di hospital kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencabul seorang pembantu tadbir syarikat swasta yang juga pesakitnya,dua bulan lalu.

Bagaimanapun,tertuduh,Mohd Suhaidin Che Ngah,37,mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabirah Hanum Mohamed Al-Baki.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan,Mohd Suhaidin didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat mencabul kehormatannya di Hospital Sungai Buloh pada jam 2.15 petang 22 November lalu.

Bagi perbuatan itu,tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut seksyen 354 kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya,Nur Hidayah Raihan Md Nasir menawarkan jaminan RM7,000 namun selepas rayuan dibuat,mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin abangnya sebanyak RM5,500.

Menurut keterangan kes,Mohd Suhaidin didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap pesakit berusia 28 tahun yang ketika itu mengandung empat bulan.

Mangsa dikatakan hadir berjumpa doktor terbabit di hospital berkenaan akibat air ketuban pecah,namun mendakwa dicabul tertuduh ketika pemeriksaan dibuat.

Majistret Nabirah Hanum menetapkan tarikh sebutan semula pada 26 Mac depan.


-HM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...