Khamis, Januari 05, 2012
PM akan rombak kabinet
Perdana Menteri dijangka merombak Kabinetnya bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya ekoran skandal yang membabitkan sekurang-kurangnya dua menterinya, menurut sumber dalaman Umno.
Pegawai kanan Pejabat PM sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Dato Seri Najib Razak memerlukan lebih ramai orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,” menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.
Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membubarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Adalah difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.
Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan “ peperangan kerusi” untuk pilihan raya awal. “Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Setakt ini hanya bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh bersuara secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya. Kebanyakan menteri menjangka mereka akan dipilih semula. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008,” demikian menurut sumber.
Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.
Umno kini diselubungi isu Shahrizat (yang didesak meletakkan jawatan oleh kalangan Umno sendiri) ekoran skandal lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut laporan Ketua Audit Negara terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.
Umno juga kelihatan terbukti terkait dengan rasuah apabila bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah dan rumahnya bernilai jutaan ringgit. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal Islam) Datuk Seri Jamil Khir Baharoom (mengikut laporan Ketua Audit Negara) menggunakan RM63,650 daripada wang Lembaga Zakat untuk membiayai kos guamannya dalam kes Anwar Ibrahim menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan. (edited)
penangdaily
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...