Selasa, Februari 28, 2012
Hidang Video Lucah Untuk Pelanggan
DEY MACHA!!!
HARI-HARI ADA SAJA KENA CEKUP
TAPI DOK ESOK JADI PELACUR BALIK
PI MAI PI MAI DOK TANG TU JUGAK
YANG HERAN TOKEY DIA DEPA TAK TANGKAP PULAK
DAH TERANG2 TAK DAK LESEN PUN LEPAIH
KAH! KAH! KAH!
KAJANG - Seramai lapan tukang urut warga Thailand dicekup dalam dua operasi berasingan, selepas dikesan menawarkan bukan sahaja perkhidmatan seks kepada pelanggan, malah turut menyediakan tayangan video lucah sebagai tarikan untuk memastikan premis kekal laris.
Dalam serbuan pertama, polis menyerbu sebuah pusat rawatan kesihatan terletak di tingkat dua Plaza Perdana, Taman Sepakat Indah, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin dan menahan empat wanita warga Thailand bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit.
Siasatan menunjukkan empat wanita berusia 32 hingga 45 tahun itu menawarkan urutan serta khidmat seks dengan menyajikan tayangan video lucah dipercayai untuk merangsang pelanggannya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan ke atas premis menemui kondom dan pelbagai jenis cakera padat digital (DVD) lucah dipercayai sebagai bahan tontonan untuk pelanggan.
“Dalam serbuan sama, kita tahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis serta dua pelanggan berusia 30-an. Pemeriksaan lanjut mendapati wanita asing itu menjalankan kegiatan haram terbabit sejak sebulan lalu dan mengenakan bayaran RM150 sehingga RM200 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks,” katanya.
Beliau berkata, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu, tidak mempunyai lesen sah untuk beroperasi, manakala siasatan terhadap empat wanita terbabit mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Sementara itu, dalam operasi berasingan, Ab Rashid berkata, sepasukan anggota polis juga dari Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menyerbu sebuah rumah urut di Batu 11 di sini, yang dikesan turut menjalankan kegiatan tidak bermoral.
Menurutnya, empat tukang urut warga Thailand berusia 30-an itu ditahan bersama seorang penjaga premis tempatan.
“Hasil soal siasat awal mendapati rumah urut terbabit juga tidak memiliki lesen sah dan baru beroperasi hampir dua bulan,” katanya.
Beliau berkata, operasi berterusan akan dilakukan bagi menyekat kegiatan tidak bermoral ini..-SH
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...