Ahad, Februari 12, 2012

LAWAK AHAD: BERUK



Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?

Dol : kau la beruk..!

Sam : kau la beruk..kata aku plak?

...

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?

Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?

Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?

Sam & Dol : Sama cikgu!!

Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?

Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!

Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?

Sam & Dol : Paham cikgu!

Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami?
Cikgu pun BERUK jugak ker??

Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...