Jumaat, Februari 24, 2012

NAJIB BUKAN PM MALAYSIA TAPI PM UMNO BN JE


DEY MACHA!!!
NAJIB DENGAN ANGAN-ANGAN TRANSFORMASI
BERSLOGANKAN 1 MALAYSIA
NAMPAK MACAM BENGONG KELULUT
BUAT MESYUARAT MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI
TAPI TAK JEMPUT NEGERI2 YANG DITADBIR PAKATAN RAKYAT
KAH! KAH! KAH!

ALASAN DIA MACAM BUDAK-BUDAK TADIKA BERINGUIH
NEGERI PAKATAN RAKYAT PUN TAK JEMPUT BN
KALAU ADA MESYUARAT ANTARA NEGERI-NEGERI NI
KAH! KAH! KAH!

KALAU LAGU TU TAK PAYAH LA KECOH KATA 1MALAYSIA
MENJANA TRANSFORMASI APA BARANG?
NAJIB...NAJIB...
HANG KATA MESYUARAT TU MESYUARAT PENYELARASAN
ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PUSAT
PASAI PA HANYA NEGERI DIPERINTAH BN SAJA YANG DIPANGGIL?
ADAKAH NEGERI2 DI PERINTAH PAKATAN BUKAN DALAM MALAYSIA?
ATAUPUN
ADAKAH NAJIB NI PM UNTUK UMNO BN SAJA?
KALAU LAGU TU BAIK BUAT MESYUARAT DI PWTC SAJA
TAK PAYAH LA KAT PUTRAJAYA
PASAI PUTRAJAYA TU MILIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA
PUTRAJAYA DIBINA GUNA DUIT CUKAI RAKYAT MALAYSIA
BUKAN PAKAI DUIT UMNO BN
KAH! KAH! KAH!

NAJIB... NAJIB...
HARI TU HANG HINA KELANTAN MISKIN
LANI HANG HINA SEMUA NEGERI PAKATAN PULAK
APA PUN XBOLEH
KAH! KAH! KAH!



Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa

Dakwaan pemimpin Pakatan Rakayat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lalu tidak berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, katanya, mesyuarat yang berlangsung dua hari lalu, adalah mesyuarat "penyelarasan" antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, yang diamalkan sejak dulu lagi.

NONE"Jadi kita hadkan menteri besar dan ketua menteri BN sahaja.

"Itu sebab diberi tumpuan bukan sebab peruntukan perlembagaan, kehendak perlembagaan tetapi penyelarasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Sehubungan itu, menurut Najib yang juga pengerusi BN, tidak berbangkit dengan mengetepikan daripada memanggil menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan untuk hadir pada mesyuarat berkenaan.

"Dia pun banyak mesyuarat, tapi tidak jemput kita. Kita pun nak complaint. Dia berpakat sama dia, tak mengapa. Kita nak buat kerja penyelarasan," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa.

khalid ibrahim pc 171111Bagaimanapun, Najib berkata pihaknya berpendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut perlembagaan, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negeri tertentu.pihaknya, tetap menjemput pemimpin Pakatan yang terbabit.

"Atas peruntukkan perlembagaan, kita memang menghormati perlembagaan," katanya.

Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang membidas tindakan perdana menteri kerana mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan.

Sambil menyifatkan tindakan Najib itu sebagai "amat tidak professional", dul Khalid berkata mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

Sementara itu, Najib ketika diajukan soalan sama ada pihaknya MT Umno membincangkan isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diselubungi kemelut kerana didakwa berlakunya penyelewengan, hanya berkata: "Kita tidak bincang".

azlanPada sidang media itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal itu tidak turut serta. Namun, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada mesyuarat MT Umno.MK




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...