Menteri Pengangkutan Datuk’ Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan ditutup pada jam 12 tengahari 14 Mei 2012.Beliau percaya tempahan terhadap nombor pendaftaran WWW bukan sahaja akan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai dan juga akan mencatat harga tempahan yang paling tinggi di sejarah tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan di negara kita.
Buat masa kini, harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan “MCA 1” merupakan harga tempahan nombor pendaftaran kenderaan yang paling tinggi, harganya ialah RM300,100.00.Beliau menambah bahwa pendapatan Jabatan Pengangkutan Jalan setiap tahun dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan puratanya adalah sebanyak RM1.7 million.Pada tahun 2010, pendapatan JPJ dari tempahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan adalah hampir RM1.6 million.Pada tahun 2011, telah melebihi 1.8 million.
Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.Nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka (1-10) akan dibuka dengan harga jualan minimum RM 10,000, manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM 2,000.Nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM 300.“Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran WWW. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud World Wide Web,” katanya.
Beliau juga menperingatkan mereka yang ingin menempah nombor pendaftaran WWW supaya mengikut procedur yang ditetapkan oleh JPJ, termasuk mengisi borang dan membayar deposit yang ditetapkan.Borang tempahan nombor pendaftaran boleh dimuat turun dari portal JPJ, iaituwww.jpj.gov.my-28/2/2012*gambarhiasan -agendadaily
Published with Blogger-droid v1.7.4
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...