Rabu, Februari 01, 2012

PROTON ARTIGA - Model Terbaru Proton 2012.. Jom Layan!!!

1 Feb 12

Proton mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerja dengan Youngman di China. Proton Artiga ni rupa-rupanya seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, nampak kereta ini secara keseluruhan lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ni.



Berita terkini tentang Satria Neo – Proton Satria Neo juga telah secara rasmi dijual di Jepun sebagai kereta rali oleh syarikat Carosser, pemilik jenama tuning rali Cusco untuk peminat rali di Jepun. Satria Neo mula menjadi sebutan apabila berjaya memenangi kategori pemandu dan pengeluar pada kejohanana rali APRC dan kini bertanding di kejohanan rali dunia (WRC) pusingan pertama di Monte Carlo.




P/S - Sememangnya Proton Artiga mirip asal daripada reka bentuk Proton Satria Neo. Kita sepatutnya berbangga antara salah satu kereta yang menjadi kebanggan dan perhatian adalah Proton Satria Neo. Proton Satria bermula dengan dimensi awal, kemudian disusuli dengan Satria GT dan seterusnya beralih kepada Satria Neo.




idahsalam

DEY MACHA!!!
RUPANYA ARTIGA TU MAKSUDNYA R3
RACE,RALLY,RESEARCH
BETOI KOT?
PUAS GUA DOK PIKIAQ
KAH! KAH! KAH!



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...