Isnin, Mac 26, 2012

ADA APA DENGAN DAP ?


Mereka sering berhujah menolak PR kerana wujudnya DAP. Apakah mereka memejam mata bahawa;

1) Sebuah kerajaan tanpa penglibatan non-muslim di negara kita adalah mustahil.

2) MCA lebih jelas menolak Islam berbanding DAP yang lebih sedia mendengar.

3) Hubungan PAS-DAP yang berprinsipkan hak kebebasan dan kesamarataan adalah lebih KUKUH dan ADIL berbanding hubungan UMNO-MCA yang berasaskan perkauman dan persetujuan bersama menolak ugama dalam politik.

4) Suara ulama dalam PAS lebih dihormati oleh DAP berbanding suara ulama UMNO oleh MCA, malah oleh pemimpin UMNO sendiri.

5) PKR terus setia menjadi jambatan yang menghubungkan dan merapatkan selisih pandangan di antara PAS dan DAP.

6) DAP di Pulau Pinang jauh meninggalkan GERAKAN di dalam membantu pentadbiran Islam melalui peruntukan kewangan dan sokongan.

7) PAS terus konsisten mempertahankan hak perlaksanaan Islam di bumi Malaysia walaupun dihujah oleh DAP, sedang UMNO hanya bisu dan dibisukan oleh MCA.

8) Gejala murtad menjadi-jadi sejak puluhan tahun dulu dan bukan bermula sedari tempoh 4 tahun pemerintahan PR di negeri-negerinya.

9) PAS memiliki suara non-muslim di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menyokong perlaksanaan syariah untuk umat Islam. Dalam UMNO mana ada?

10) Rakyat, samada Melayu dan bukan Melayu yang semakin terbuka dan celik politik jelas menerima politik baru yang diperjuangkan oleh PR.

Jom, tukar dan ubah!

Dipetik dari Ustaz Nik Mohamad Abduh


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...