Isnin, Mac 26, 2012
Najib putar belit lagi kah! kah! kah!
Lynas: Najib putar belit lagi, cuba tutup kesilapan sendiri
KUALA LUMPUR, 23 MAC: Datuk Seri Najib Razak sekali lagi memutarbelitkan kenyataan sendiri apabila mengakui bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas adalah penting untuk “membuat keputusan” mengenai pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang.
Sedangkan kenyataan Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama pada 17 Mac lalu dengan jelas menyatakan PSC tidak ada kuasa untuk membuat sebarang keputusan tentang loji Lynas.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan untuk berubah nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan “dasar kuat untuk membuat keputusan” mengenai Lynas adalah “flip-flop” yang bertentangan kenyataan beliau sendiri pada 17 Mac lalu.
“Adalah jelas bahawa perubahan pendirian ini adalah hasil daripada tindakan Pakatan Rakyat untuk memboikot PSC itu.
“Namun begitu, “flip-flop” yang berlaku ini menimbulkan soalan sama ada Perdana Menteri serius dan ikhlas untuk menutup Lynas sekiranya bukti bahaya terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam dapat ditunjukkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bernama telah melaporkan kenyataan Najib pada 17 Mac sebagai berkata:
Jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengenai Lynas tidak akan membuat keputusan mengenai nasib loji nadir bumi yang berkontroversi itu. Sebaliknya, PSC itu adalah sebahagian daripada proses penglibatan awam supaya rakyat dapat memahami isu-isu berkenaan dan supaya kita boleh meyakinkan kumpulan-kumpulan yang masih sangsi sama ada projek itu selamat atau tidak. Beliau menambah bahawa beliau mengharapkan PSC akan meningkatkan kesedaran mengenai projek itu supaya “kita boleh mencapai keselesaan dari segi penerimaan orang ramai”.
Menurut Guan Eng, dengan berpandukan kepada kenyataan Najib pada 17 Mac itu, DAP dan Pakatan Rakyat memilih untuk tidak menyertai PSC semata-mata atas kepentingan awam kerana DAP tidak mahu membantu Barisan Nasional untuk menutup kesalahannya dan menipu rakyat bahawa loji Lynas itu selamat.
“Melihat apa yang dikatakan Perdana Menteri pada 17 Mac, PSC itu jelas direka oleh BN sebagai fait accompli untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.
“Kerana ini, PR dan DAP enggan menyertai PSC untuk menghalalkan sesuatu yang pada dasarnya salah dan bercanggah dengan kepentingan awam. Dengan mengatakan bahawa PSC itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib Lynas, adalah jelas bahawa PSC itu tidak relevan,” ujarnya.
Setelah Pakatan Rakyat enggan menyertai PSC, Najib memutarbelitkan kenyataannya sendiri dengan mendakwa kononnya beliau tidak faham mengapa PR membantah usul penubuhan jawatankuasa itu.
Alasan terbaru Najib adalah kononnya isu Lynas memerlukan penyelesaian yang menjangkau politik kepartian yang perlu ditangani semua pihak. Ia jelas bertentangan dengan kenyataan beliau pada 17 Mac lalu.
Justeru, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagain mendesak Najib supaya menarik balik kenyataannya pada 17 Mac untuk menunjukkan keseriusan dan keikhlasan kenyataan terbarunya, termasuk yang dinyatakannya dalam program radio bahasa Mandarin 988 semalam bahawa kerajaan BN tidak akan membenarkan loji Lynas beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik yang ia berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar.
“Untuk membuktikan komitmen dan keseriusannya, Najib juga mesti memberi arahan hentikan kerja serta merta kepada Lynas dan mengisytiharkan bahawa kerajaan BN sanggup membayar pampasan sekurang-kurangnya RM700 juta yang telah dibelanjakan Lynas untuk membina loji tersebut,” tambahnya.
Menurutnya, kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan menimbulkan keraguan mengenai integriti PSC yang dipimpin Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Kahled Nordin sebagai alat politik BN untuk menghalalkan yang haram dan mewajarkan yang tidak wajar.
Roketkini
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...