Panas: Kecewa Sikap Kerajaan Tangani Isu Lynas, Resort Bernilai 'RM30 Juta' Terpaksa Di Batalkan!
KUANTAN, 12 Mac - Atas kedegilan Kerajaan Barisan Nasional meneruskan projek kilang nadir bumi Lynas, sebuah projek resort di Pantai Balok yang bernilai RM30 juta akan dibatalkan. Dengan ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasa amat kesal atas kedegilan pihak kerajaan BN yang enggan mendengar kepada suara rakyat tetapi membiarkan pembangunan ekonomi Kuantan mengalami penganiayaan kilang racun Lynas. AJK Keadilan Pahang, Lee Chean Chung (foto) berkata, projek “Gold Coast Kuantan” di Balok di bawah STG Group yang dianggarkan bernilai RM30 juta pada asalnya dijangka akan membawa 500 – 600 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sebaliknya, sehingga kini Lynas hanya memberi 200 peluang pekerjaan tetapi menikmati keistimewaan tanpa cukai selama 12 tahun di samping menerima pengecualian duti setem 100 peratus dalam pembelian tanah tapak kilang. Tindakan kerajaan BN yang “Memajak harta negara, Menggadai nyawa rakyat” ini adalah sama sekali tidak boleh diterima. Menurut Pengarah STG Group, Dato’ Dr. Alex Tan Siong Seng, walaupun mereka telah membuat pelaburan sebanyak RM3 juta dalam projek itu, namun mereka terpaksa mempertimbangkan kepentingan para pelabur. “Seandainya kami meneruskan projek berkenaan, kami bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian RM3 juta, tetapi kerugian sebanyak RM30 juta yang akan kami hadapi dengan mulanya beroperasi kilang Lynas”, katanya. Di samping itu, Chean Chung juga bersetuju dengan hujah Dr Alex Tan di mana detik permulaan operasi kilang Lynas menandakan detik kemelesetan ekonomi di sekitar Balok dan Kuantan, terutamanya dalam industri pelancongan dan hartanah. “Kuantan merupakan sebuah pusat pelancongan. Seandainya kilang Lynas mula beroperasi, bidang perikanan, produk-produk lautan seperti ikan masin, industri sarang burung walet, bidang perladangan, hartanah mahupun industry pelancongan akan dilanda Kesan Domino (Domino Effect) dalam ekonomi, dan kesan ini akan berterusan dan membawa impak-impak negative yang berlanjutan", katanya.
Gara-gara menafikan bantahan rakyat maka akhirnya pelabur lari keluar Chean Chung juga mengkritik tindakan Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan yang tidak bertanggungjawab dan enggan megakui kesan-kesan negatif yang diakibatakan oleh Kilang Nadir Bumi Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh. “Datuk Abdul Aziz telah memberitahu rakyat bahawa tiada sebarang data di Menteri Kesihatan menandakan bahawa Kilang ARE telah mengakibatkan leukemia. Malahan beliau berkata, dalam kes terencat akal anak Lai Kuan yang pernah bekerja dalam industry nadir bumi yang lepas, kontraktor yang mengupah Lai Kuan yang harus bertanggungjawab terhadap peristiwa itu, tetapi bukan pihak kerajaan.” “Dengan teori yang sama, adakah pihak kerajaan tidak perlu bertanggungjawab seandainya sebarang penyakit telah berlaku akibat radiasi atau sisa-sisa beradioaktif di Kilang Lynas. Adakah kerajaan pada masa itu akan memberitahu: Lynas saja yang harus bertanggungjawab, tetapi kerajaan BN yang degil meluluskan kilang itu tidak perlu bertanggungjawab?”,
tambah Cheang Chung.
Inilah dia projek Gold Coast Kuantan yang sedang dimajukan oleh STG Grouptetapi ia terpaksa dibatalkan akibat sikap kerajaan yang berdegil isu Lynas Menurut Chean Chung, Abdul Aziz harus meminta maaf daripada mangsa-mangsa Bukit Merah yang menderita atau yang terkorban akibat penyakit-penyakit yang diakibatkan Kilang Nadir Bumi ARE. “Mengapakah pihak AELB masih enggan menerima hakikat, tetapi masih mengeluarkan hujah yang tidak bertanggungjawab untuk membina pusat rekreasi di tapak sisa Bukit Merah walaopun pihak Mitsubishi di Jepun telah mengakui kesilapan tersebut?” “Jelas bahawa pihak Umno dan kerajaan Barisan Nasional masih berat sebelah memperjuangkan kepentingan pihak Lynas walaupun menghadapi pelbagai fakta yang jelas serta bantahan rakyat tempatan.” “Seandainya pihak kerajaan yang berkuasa enggan menghadapi fakta-fakta yang jelas dan suara rakyat asyik ditenggelami, siapakah yang dapat memberi jaminan kepada kehidupan generasi Kuantan pada masa akan datang?", tambah beliau lagi. Cheang kini memangku Ketua PKR Cabang Indera Mahkota selepas YB Azan Ismail dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu. Beliau juga adalah salah seorang dari calon PKR di DUN Semambu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.
[Difahamkan pelaburan STG Group terhadap Gold Coast Kuantan yang bernilai RM30 juta itu melibatkan pembinaan Hotel Mall, Resort dan Kondominium. Projek telah dilancarkan pada Jun 2009 dan 60% sudah pun ditempah oleh para pelanggan. Maknanya, jika projek ini dibatalkan maka ia akan memberikan tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dan pusat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan yang tergamak membawa masuk prohek berisiko ke negeri ini menyebabkan pelaburan yang sepatutnya seperti dibidang perhotelan ini terpaksa menarik diri. Malah, difahamkan pihak agensi kewangan juga kini sudah menurunkan kadar pinjaman mereka kepada mana-mana pihak yang membeli aset-aset sekitar kawasan Balok, Cherating dan sekitarnya. Ini menunjukkan mereka juga tidak yakin dengan kenyataan MB Pahang bahawa Lynas adalah selamat. Jalan terbaik ialah kerajaan perlu mendengar suara rakyat jika mahu mereka terus dihormati. Pastikan mereka dijatuhkan pada PRU13 ini].
pahangdailyKONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...