PERBEZAAN JENAMA, APA RISIKONYA?
Hutang Kerajaan Barisan Nasional melonjak kepada RM456.1b atau setiap seorang penduduk Malaysia berhutang sebanyak rm16,290.00. Sewajarnya anak-anak yang dilahirkan dibumi bertuah ini tidak menanggung bebanan hutang yang di buat oleh pemerentah atas dasar pembangunan.
Disebabkan setiap projek pembangunan dinamakan Projek Kerajaan Barisan Nasional bukannya Projek Kerajaan Malaysia seharusnya dicadangkan setiap beban hutang ditanggung oleh Barisan Nasional kerana membangunkan projek itu atas dasar Projek Kerajaan Barisan Nasional.
Seandainya selepas Pilihanraya Umum 13 nanti Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya, pengasingan hutang dan pendapatan dilegerkan berasingan untuk mengetahui kecekapan tadbir urus negara. Kalau semasa Barisan Nasional memerentah projek dinamakan Projek Kerajaan Barisan Nasional, adakah Pakatan Rakyat akan menamakan projek tersebut Projek Kerajaan Pakatan Rakyat?
Kerajaan Barisan Nasional seharusnya menukar status nama projek kepada Projek Kerajaan Malaysia barulah melambangkan pemerentahan Malaysia. Jika dikekalkan nama Projek Kerajaan Barisan Nasional, jika selepas PRU 13 nanti, Pakatan Rakyat menguasai Pusat, secara lojiknya segala beban hutang ditanggung oleh Barisan Nasional bukannya Pakatan Rakyat.
Hutang tetap hutang. Setiap yang berhutang wajib membayarnya. Mahkamah jalan terakhir..... bankrup.
Jika Kerajaan Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya, adakah Kerajaan Pakatan Rakyat dan Bekas Kerajaan Barisan Nasional merupakan entiti berasingan?
Umum mengetahui ianya berbeza. Apa salahnya Kerajaan Pakatan Rakyat menuntut hutang dari bekas Kerajaan Barisan Nasional? Lojik bukan?
Kalau jenama Projek Kerajaan Malaysia, sesiapa yang menguasai Puterajaya akan mewarisi semua masalah dan bebanan hutang kerajaan terdahulu. Ini tidak, pengasingan pembangunan parti ke parti tidak melambangkan pewarisan pentadbiran sebab pembangunan diurus atas nama parti yang menguasai pusat.
PERHATIAN; Saya tidak ingin menimbulkan sebarang provokasi dan prejudis jauh sekali untuk menimbulkan ketegangan dalam masyarakat, tetapi pada pengamatan saya yang serba kekurangan ini, cuma pengamatan saya macam ada yang tak kena atas jenama " Projek Kerajaan Barisan Nasional" dan " Projek Kerajaan Malaysia"
Jika artikal ini mendapat sambutan, mungkin saya akan mengupasnya secara terperinci. Pro dan kontra itu perkara biasa adat berdiskusi, kalau semua BONAMA tak indah hidup ini.
Assalamualaikum
salam sejahtera
....hby........
gerai3abdul
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...