Khamis, Mac 08, 2012
TV3 SUKU TIKAM UMNO/APCO DARI BELAKANG
UMNO/APCO-BN melalui media milik mereka telah mencanangkan ke seluruh pelosok negara bahawa indeks jenayah negara kita telah menurun dengan banyaknya. Malaysia menjadi negara yang paling selamat. Hal ini akan menggamit kedatangan pelabur asing. Ekonomi Malaysia yang sedang terawang-awang akan jadi buuuuummm!! Bangga sungguh mereka bercanda. Tapi malang. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik. Hakikatnya terpampang di depan mata. Sapa kata? Mereka sendiri yang kata weh.
Saya tidak pasti sama ada anda sedar atau tidak tentang hal ini. TV3 Suku ialah media penting UMNO/APCO. Oleh sebab itu, kecenderungannya adalah untuk mengangkat imej tuan mereka setinggi mana yang boleh.
Namun demikian, cuba perhatikan persoalan ini. Adakah rakyat akan percaya jika Hishammuddin berkata tahap jenayah di Johor khasnya dan di Malaysia amnya tidak seteruk yang digambarkan oleh Lim Guan Eng (LGE) misalnya?
Saya pasti rakyat terbanyak tidak menyetujuinya. Pihak yang mungkin setuju hanyalah ahli-ahli UMNO/APCO, pencacai-pencacai mereka, dan ahli-ahli PERKASA. Sebab itulah mereka beriya-iya hendak mengusir LGE dari Segamat tidak lama dulu. Namun, mereka gagal kerana yang menyambut atau mengalu-alukan kedatangannya menenggelami jumlah yang datang untuk mengusir. Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya!!!
Kita kena lihat hakikat. Itu yang selalu dikatakan oleh orang yang bijaksana. Statistik Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes jenayah bukan sahaja banyak di Malaysia malahan juga jenayah di Johor melebihi jumlah jenayah yang dicacat di Pulau Pinang. Sesiapa pun tidak akan menerima pernyataan menteri cap ayam di negara ini. apabila dia bercakap tentang kadar jenayah yang menurun. Kadar jenayah di Malaysia sememangnya meningkat dari hari ke hari. Hari-hari ada kejadian jenayah. Apa buktinya?
Oleh sebab banyaknya jenayah yang berlaku di serata Malaysia, TV3 Suku boleh buat satu rancangan khas setiap minggu untuk mengiyakan pernyataan tentang banyaknya kejadian jenayah di negara kita. Walaupun ada pihak yang berkata saluran tv itu sudah tumpul taringnya, kita iyakanlah juga kepopularannya seperti yang didakwa oleh pencacai UMNO/APCO. Oleh sebab itu, banyaklah orang yang menonton rancangan 999.
Maka mereka pun percayalah akan kewujudan jenayah yang banyak di Malaysia. Maka mereka juga akan percaya bahawa negara mereka bukanlah satu tempat yang betul-betul selamat. Tidakkah perbuatan ini membuka pekung di dada pemerintah? Tidakkah laporan yang terkandung dalam rancangan itu mengundang rakyat mempersoalkan kemampuan PDRM? Tidakkah tindakan ini mendatangkan kerugian kepada UMNO/APCO-BN?
Hakikatnya ialah "Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik." Kerajaan kata mereka serius menangani jenayah. PDRM pun kata mereka tidak bagi peluang langsung kepada penjenayah. Alih-alih TV3 Suku kata jenayah wujud sepanjang masa di Malaysia. Jika tidak, masakan mereka mampu menerbitkan rancangan tersebut setiap minggu. Harus diingat bahawa rancangan tersebut telah ke udara dalam waktu yang agak lama, yakni sudah bertahun-tahun lamanya.
Apakah kejayaan rancangan tersebut? Keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan PDRM menurun. Rakyat rasa was-was terhadap keselamatan mereka. Keyakinan pelabur semakin terhakis. Pelancong berfikir beratus kali untuk datang ke Malaysia. Sektor perindustrian, perdagangan, dan pelancongan terjejas. Pelancongan domestik pun terganggu. Rakyat nak berdarmawisata pun rasa takut.
Jalan penyelesaian perlu dicari untuk menangani isu ini. Namun, baiknya tindakan TV3 Suku itu ialah rakyat mengetahui dengan sebenar-benarnya situasi keselamatan di negara mereka dan pihak mana yang tak rok cetong. Kerajaan UMNO/APCO-BN lemah dalam soal menjaga keselamatan. Mereka perlu dihukum kerana kegagalan itu. Rakyat mahukan sebuah negara yang aman, yakni bebas daripada sebarang unsur yang negatif. Pilih sahajalah kerajaan yang baharu untuk menggantikan mereka. Jika pengganti itu pun tak rok cetong, kita berhak untuk menukarkannya dengan yang lain pula!!!
bilahrotan
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...