Isnin, Mac 05, 2012

Waspada - Ada Lembu Mengamuk Nak Serang Negeri Pakatan Habis-Habisan



GEORGETOWN: “Kita akan menyerang habis-habisan, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang,” kata Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurutnya, semua anggota Wanita BN seluruh negara, terutama di negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kini dalam ‘mood’ menyerang bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta merampas kembali pentadbiran di beberapa negeri terbabit.

“Kita bukan dalam ‘mood’ mempertahankan diri seperti sebelum ini dan tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN pada pilihan raya akan datang, buat apa kita nak bertahan lagi di negeri yang ditadbir mereka.

“Baru tiga tahun perintah, dah macam-mcam mereka cakap... sebab itu kita kena menyerang kalau hendak masuk ke medan perang (pilihan raya),” katanya selepas merasmikan Program Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Pulau Pinang, di sini, semalam. Hadir sama pada program itu adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Ng Siew Lai.

Beliau yang juga Ketua Wanita Umno berkata, hasil pemerhatiannya menerusi program seumpama itu yang diadakan di seluruh negara, kecuali Terengganu, setakat ini menunjukkan semangat ahli Wanita BN adalah luar biasa.

“Mereka tidak sabar-sabar menjadi tulang belakang BN, semua ahli Wanita BN adalah jeneral untuk membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Komander pada medan perang (pilihan raya).

“Mereka bakal memainkan dua peranan penting iaitu sebagai pengundi dan jentera pilihan raya, ini akan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata, keprihatinan Perdana Menteri terhadap pelbagai isu wanita mengukuhkan lagi sokongan terhadap BN dan momentumnya bakal berterusan sehingga ke pilihan raya.

“Sebab kenapa BN boleh bertahan adalah kerana ia mengambil berat terhadap isu membabitkan wanita dan menghargainya,” katanya. -hm


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...