Khamis, April 26, 2012
BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah
PETALING JAYA, 25 APRIl: Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan pelbagai pihak.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di dalam sistem pilihanraya di negara ini.
“Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya di datang ke sini,” katanya.
Sebelum ini, Tan Sri Abdul Aziz dalam satu wawancara menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia.
Hampir 100 orang yang hadir bersorak kecewa bila penganjur mengumkan Pengerusi SPR tidak bersama dalam forum berkenaan.
Dalam pada itu, Chin Huat berkata, pola pengundi Melayu mampu berubah sekiranya mereka mendapat akses maklumat yang lebih tepat dan luas memandangkan selama ini mereka terlalu bergantung kepada media arus perdana yang dimonopoli oleh pihak kerajaan.
Katanya, masalah yang dihadapi pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar mampu diatasi sekiranya ahli keluarga yang merantau di bandar dapat membawa balik maklumat terkini berhubung isu semasa lalu disampaikan kepada ahli keluarga.
“Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri seperti Selangor memperbanyakkan kemudahan jalur lebar bagi memudahkan capaian maklumat kepada orang ramai sekaligus menyukarkan kerajaan persekutuan untuk mengawal aliran informasi,” katanya.
Tegas beliau, kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu turut serta bersama dalam pilihanraya akan datang sekiranya Parlimen dibubarkan memandangkan terlalu banyak keraguan yang ditemui terutamanya mengenai daftar pemilih.
Katanya, Selangor menjadi tumpuan penipuan pilihanraya dan kemungkinan besar Pakatan akan tumbang sekiranya turut sama menyertai pilihanraya serentak dengan kerajaan persekutuan jika diadakan sekarang ditambah dengan kegagalan SPR membersihkan segala keraguan yang telah dibongkarkan selama ini./MediaSelangorKu
agendsai
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
saya dulu maghsab umno tp bila pemimpin umno ni kian hari membohongi rakyat dgn sandiwara bodoh naik meluat,pengampu,buat fitnah,lagak jutawan,wakil rakyat ketandusan minda,gila kuasa-polis melindungi pemimpin semata2 kerna diberi pangkat,peguam negara perosak undang2 harus ditendang,pohon tuanku-jgn caya sgt memanda menteri,pantau mereka demi agama dan bangsa,tuankulah pelindung kami rakyat msia tg dikurnia oleh allah.insyallah..agama islam akan kembali dgn subur dibumi ini dgn pejuang2 menegak keislaman dan keadilaan tanpa membezakan kaum yg mana perubahan utk kebaikan.
BalasPadam