Khamis, April 26, 2012

Terbukti! Rupa-rupanya Umno Pulau Pinang jadi kuda tunggangan parti Gerakan


Umno Pulau Pinang sekadar kuda tunggangan parti Gerakan di Pulau Pinang selepas Najib melantik Setiausaha Parti Gerakan menjadi Pengerusi BN negeri.


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang sinis pelantikan Teng Chang Yeow, Setiausaha Parti Gerakan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang baru.

Bagi DPPM, pelantikan Tang Chang Yeow menunjukkan wajah sebenar UMNO yang begitu lantang sebelum ini membela nasib dan ketuanan Melayu di Pulau Pinang namun menjadi lembik dan terkulai apabila Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Pengerusi BN yang baharu.

Keputusan pelantikan Tan Chang Yeow tidak memeranjatkan namun ia memperlihatkan lemahnya pemimpin UMNO Pulau Pinang sehingga tidak layak dilantik ke jawatan tersebut.

DPPM merasa hairan kerana dalam keadaan Parti Gerakan yang tidak memenangi sebarang kerusi di Pulau Pinang, mereka masih diberikan tempat istimewa sebagai Pengerusi BN. Sebaliknya jumlah kerusi BN di Pulau Pinang banyak dimenangi oleh UMNO, tetapi mereka ditolak ke tepi.

Keadaan ini menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya ‘kuda tunggangan’ Parti Gerakan sehingga akur dan tunduk dengan kehendak parti tersebut.Pelantikan ini pastinya sebagai tamparan hebat kepada pemimpin ultra Melayu Pulau Pinang. Dimana perginya suara lantang pemimpin Melayu UMNO Pulau Pinang yang kononnya mahu membela umat Melayu di sana.

Mengapa tidak ada satu suara pun yang bangkit menentang keputusan Presiden UMNO agar pemimpin UMNO diangkat sebagai Pengerusi BN. Pemimpin UMNO P.Pinang sepatutnya merasa tercabar kerana mereka dipandang lekeh oleh pucuk pimpinan UMNO sehingga tidak dipandang langsung untuk mengetuai BN di sana.Mungkin juga Pengerusi BN yang baharu ini berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dari segi pendekatan.

Mungkin Pengerusi BN ini telah berjanji untuk memartabatkan bangsa Melayu dan umat Islam di Pulau Pinang. Mungkin juga umat Islam di Pulau Pinang akan semakin terbela di bawah pemerintahan ‘Khalifah’ Tan Chang Yeow sekiranya BN menang di Pulau Pinang. Atau mungkin juga UMNO telah men transformasikan parti mereka untuk menerima bangsa lain sebagai pemimpin mereka dan pemimpin negara ini.

warkahdaily


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...