Khamis, April 05, 2012

HIMPUNAN HIJAU KUNING 28 APRIL



DATARAN MERDEKA PASTI MERIAH
DENGAN WARNA HIJAU DAN KUNING
BILA HIMPUNAN BERSIH BERBAJU KUNING
SERTA HIMPUNAN HIJAU BERBAJU HIJAU
BERHIMPUN MENUNTUT PILIHANRAYA YANG BERSIH
BERGABUNG MEMPERTAHANKAN ALAM SEKITAR YANG SELAMAT

BERSIH 3.0 sasar 500,000 sertai himpunan 28 April

Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.

Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.

DAN INI SATU LAGI ACARA PADA HARI DAN TEMPAT YANG SAMA...

Himpunan Hijau 3.0 juga 28 April

Penganjur perhimpunan membantah loji nadir bumi Lynas, Himpunan Hijau mengumkan bahawa perhimpunan tersebut diadakan bersama dengan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata langkah itu diambil kerana gerakan tersebut percaya bahawa isu alam sekitar yang ditimbulkannya adalah berpunca daripada kerajaan yang "kotor."

"Kerjasama dengan BERSIH 2.0 sangat logik dan penting kerana alam sekitar yang bersih hanya boleh dicapai oleh kerajaan yang bersih," katanya dalam satu sidang media BERSIH 2.0 hari ini.

Beliau turut membacakan kenyataan pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Wong Tack yang antara lainnya berkata, badan tersebut sedang memperincikan rancangan untuk "Himpunan Hijau 3.0" itu.

"Keputusan rakyat muktamad. Lynas mesti keluar," katanya.

Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan di bandar tersebut pada 26 Februari lalu menarik kehadiran 15,000 orang.-MK

JANGAN LUPA TARIKH 28 APRIL INI
RAMAI-RAMAI KITA HIJAU KUNINGKAN IBUKOTA
KAH! KAH! KAH!

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...