Ahad, April 15, 2012
LAWAK AHAD: NAJIB SUPERMAN
Puan Shahrizat merupakan seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun satu.
Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan pada hari Isnin minggu berikutnya.
Ketika dalam perjalan pulang, Najib salah seorang anak murid cikgu itu ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Najib di dalam hati.
Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata Najib.
Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata "Ladies first".Balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa Inggeris. Ah, leganya kata Najib.
Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu Bahasa Inggeris bertanya kepada semua murid-murid tentang perkataan baru yang ditemui.
Sampailah ke giliran Najib.
Cikgu: OK Najib, did you get the words?
Najib: Yes, teacher.
Cikgu: Good, what is your first word?
Dengan lantang Najib pun berkata: Shut up you !!!
Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?
Najib: Superman !!!
Cikgu: Bloody fool! Get out from this class
Najib: Ladies First
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...