Kategori lawak sedih campur bangang. Persatuan peniaga ni nak dikatakan bodoh, keras sangat pulak bunyinya tapi kalau adat berniaga, apakah kita boleh buat keuntungan jika kita berniaga tanpa ada pelanggan. Dan pada hari itu, kalau para peniaga berniaga, keuntungan yang dibuat melebihi dari hari2 sebelumnya kerana kebanjiran orang ramai ke Kuala Lumpur berganda2. Tapi boleh dikatakan bodoh kepada peniaga yang menutup perniagaan mereka hanya terpedaya dengan dakyah yang disebarkan oleh media pecacai yang mahu menggambarkan kekcohan akan berlaku. Dan media milik pecacai memang tahu kekecohan akan berlaku kerana yang memulakan kekeccohan itu pun terdiri dari pihak mereka jugak.
Dan lawak ni bertukar menjadi bangang bila persatuan peniaga ni nak tuntut gantirugi dari Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk Ambiga Sreenevasan. Siapa yang mengarahkan perniagaan mereka ditutup pada hari itu? Adakah ianya arahan dari Datuk Ambiga? Dan kekecohan itu siapa pulak yang mulakan? sepatutnya persatuan peniaga ni perlu mengkaji tindakan yang akan mereka ambilni dengan lebih mendalam. Bukan main hentam saja tanpa memikirkan rasionalitinya.
Pada hari bersejarah BERSIH 3.0 tu, wa betul2 memuji tindakan yang diambil oleh kedai2 restoran mamak walaupun wa ni tak berapa berkenan dengan tindakan golongan itu. Wa bukan orang yang anti mamak tapi ada segolongan dari mereka ni yang membuatkan semua golongan mereka terpalit sama dalam isu politik. Mereka tetap berniaga dan membuat untung dalam sekelip mata kerana perniagaan mereka cukup laris.
Bayangkan hanya dalam sekitar pukul 11 pagi pada hari tu, semua jualan mereka sudah habis sedangkan sebelum2 ni, mereka terpaksa berniaga 24jam untuk mengaut keuntungan dalam sehari. Cuma dalam tempoh beberapa jam sahaja, barang2 jualan mereka habis terjual. Pada hari itu jugak, jual apapun laku kerana orang terlalu ramai berbanding dengan peniaga yang hanya menyediakan jualan seperti biasa.
Itu perbezaan mentaliti peniaga melayu berbanding dengan mentaliti mamak. Geng2 restoran mamak tetap bijak dalam mengambil kesempatan yang terhidang di depan mata sedangkan peniaga melayu terlalu mudah terpengaruh dengan mainan media milik pecacai.
Berbalik kepada isu tuntutan peniaga yang menangguung kerugian pada hari BERSIH 3.0 tu, pengerusi persatuan tu kenapa la bangang sangat. Boleh pulak dia pergi bawak geng2 dia buat demo dihadapan rumah Datuk Ambiga. Kalau itu la tindakan yang persatuann mereka ambil, ternyata mereka berpengerusikan seorang yang betul2 bangang. Sepatutnya pengerusi dia kena pergi mahkamah dan membuat tuntutan tersebut melalui undang2 yang ada, bukan nak buat kecoh dihadapan rumah orang. Pelik bila tak ada pulak pihak polis yang hendak halang atau lebih drastikalagi tembak tear gas atau water cannon pun.
Jika dilihat dari cara persatuan peniaga ni membuat tindakan dalam menuntut ganti rugi dalam isu BERSIH 3.0 ini, kelihatan tindakan yang diambil mereka berunsurkan kepentingan politik pihak pemerintah. Pengerusi persatuan ni, Mohd Ridzuan Abdullah tidak tahu saluran mana yang boleh diambil dalam usaha dalam membuat tuntutan ganti rugi ke?
Kenapa mereka yang tak berniaga pada hari itu tetapi kepada Datuk Ambiga pulak yang dituntut untuk membayar kerugian yang mereka alami. Jika bijak, senaraikan kerugian yang ditanggung oleh mereka jika ianya benar2 melibatkan Datuk Ambiga ataupun peserta yang menyertai BERSIH 3.0 pada hari tu. Senaraikan barangan yang rosak atau dirosakkan oleh BERSIH 3.0 pada hari itu.
Cukup2 lah memperbodohkan diri sendiri dan memberikan persepsi yang buruk terhadap BERSIH 3.0. Jangan ditunjukkan sangat tahap mentaliti tu. Jangan biar diri anda dan persatuan anda menjadi alat yang digunakan untuk kepentingan politik pemerintah.
kopitarikkaw2
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...