Selasa, September 25, 2012

Ketua Pemuda Umno Kepong Cedera Parah Ditikam



SHAH ALAM, 24 Sept - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali cedera parah di bahagian perut dan jari tangan dipercayai terputus akibat ditikam di depan rumahnya di Ampang, Selangor awal pagi ini.

Menurut isterinya, Datin Roslinda Kamaruddin, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.30 pagi di kawasan depan rumah dan Norizan telah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, motif serangan terhadap Ketua Pemuda Umno Kepong yang juga seorang ahli perniagaan masih belum diketahui dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan.

Maklumat yang baru diterima memberitahu beliau telah selamat menjalani pembedahan dan keadaannya stabil. Walaubagaimanapun pelawat masih belum dibenarkan menemuinya lagi.

Isteri beliau kini diberitakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bagi membantu pihak polis untuk menyiasat kejadian ini dengan lebih lanjut.

klpos





KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. AL-FATIHAH TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KEPONG KL ///

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...