Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.
Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.
Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.
"Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah," kata Fariz.
"Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja," kata Fariz.
Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.
|
Rumah jirannya disebelah kanan |
|
Rumah jirannya disebelah kiri |
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan beliau tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu bekerja di Malaysia.
Seperti yang telah dimaklumkan oleh Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa semalam, satu memorandum telah diserahkan kepada Rais Yatim hari ini dan telah diterima oleh Ketua Pentadbiran Kem. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Berikut adalah kandungan memorandum tersebut..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...